Keputusan PRU13 telah membuatkan ramai bangsa Melayu tersentak dan terjaga dari lamunan. Selama ini UMNO dan Barisan Nasional sentiasa menyokong penuh MCA dan Gerakan. Bukan itu sahaja, bangsa Melayu telah menganggap bangsa Cina sebagai sebahagian dari saudara kita, UMNO sentiasa bersangka baik terhadap MCA dan tidak mengganggu perjalanan parti mereka sebaik mungkin. Namun niat baik dan segala budi UMNO dan Barisan Nasional telah dibalas dengan tuba oleh bangsa Cina.
Kita yang sudah terjaga dari tidur dan lamunan yang panjang jadi cukup marah dan kecewa dengan MCA, Gerakan dan bangsa Cina. Sanggup mereka mempermainkan kita sebegini rupa. Oleh itu , apabila kita bertindak balas dengan tindakan mereka, itu merupakan perkara biasa. Tidak mungkin kita mahu ditipu buat kali kedua.
Maka kebanyakkan kita telah mengatur langkah yang agak drastik bermula dari rumah. Penulis telah berikrar untuk mengutamakan bangsa Melayu dan Islam. Segala keperluan dapur kami pastikan dibeli di kedai Melayu. Kami hanya masuk ke kedai Cina sekiranya terdesak sangat sahaja. Kami juga selalu mengingatkan diri kami sendiri bahawa bangsa Cina telah mengkhianati kita. Anak penulis belajar di Sekolah Wawasan, oleh itu beliau melihat dunia ini cukup sempurna tanpa perasaan rasis langsung. Kenyataan “membunuh” anak penulis hari ini, janganlah kita bertindak “RASIS”.
Penulis terpaksa menerangkan bahawa selama ini kita UMNO tidak pernah bertindak rasis terhadap kaum Cina. Kita hanya bertindakbalas terhadap pengkhianatan bangsa Cina terhadap UMNO dan Barisan Nasional. Sudah sampai masanya kita mencari formula yang terbaik bagi menangani isu pengkhianatan bangsa Cina ini. Mereka sudah tidak memandang pada kebaikan UMNO dan Barisan Nasional. Rampasan kuasa mutlak memang merupakan agenda utama mereka.
Hasutan dari DAP yang mencetuskan idea rampasan kuasa ini begitu viral dikalangan bangsa Cina. Ini berlaku kerana bangsa Cina sudah memiliki segala-gala yang mereka perlukan kecuali kuasa mutlak. Maka Perdana Menteri harus mencari jalan untuk mengekang kuasa ekonomi mereka supaya mereka mampu berpijak di bumi nyata. Kekangan ekonomi ini harus berlaku disemua peringkat bagi memastikan agenda perpaduan kembali semula ke tanahair kita.
Penerangan yang terperinci dan mudah difahami harus diberikan kepada semua peringkat. Ini diikuti dengan perlaksanaan dan pemantauan yang berterusan keatas kekangan ekonomi bangsa Cina. Dengan cara ini sahaja maka bangsa Cina akan berlembut dan tunduk pada perpaduan bukannya keegoan dan keangkuhan yang melampau.
No comments:
Post a Comment