Thursday, 9 May 2013

Apa Yang Mereka Ada Tiada Dalam Diri KIta.


Masyarakat cina telah telah mendedahkan anak anak mereka agar menanamkan semangat jati diri sebagai orang cina semenjak di bangku sekolah lagi.Ini boleh di buktikan dengan pemintaan dari mereka agar kerajaan membina atau meluluskan lebih banyak sekolah aliran cina untuk menampung pemintaan yang semakin meningkat.

Ramai masyarakat cina terutamanya di bandar merasa bimbang dengan perkembangan terkini di sekolah kebangsaan. Memandangkan kebanyakan guru besar adalah melayu dan juga atas arahan dari Kementerian Pelajaran mereka telah banyak menerapkan unsur unsur keislaman kepada murid murid. Ini yang membimbangkan mereka, mereka merasakan jika dibiarkan berkemungkinan anak anak mereka akan terpengaruh dan mula meninggalkan amalan tradisi temurun mereka.

Atas alasan kegusaran itu mereka telah menghantar anak anak mereka bersekolah di aliran cina selama 6 tahun. Di sini mereka didedahkan dengan semangat jati diri, mempelajari bahasa dan juga bersaing di antara satu sama lain.

Pada peringkat menengah mereka tidak merasa bimbang untuk menghantar anak anak mereka ke sekolah menengah kebangsaan kerena mereka begitu yakin yang mereka mampu mengekalkan apa yang telah ditanam dan dipelajari sebelum itu.

Sekarang satu trend baru telah muncul dimana mereka mendedahkan anak anak mereka dengan isu isu yang lebih berat dan mencabar. Mereka telah mula mendedahkan anak anak mereka dengan perkembangan politik negara. Anak anak mereka telah diajar untuk membenci kerajaan. Mereka didedahkan dengan isu hak, penyelewengan, rasuah dan berbagai lagi, Semua ini dilakukan agar bila sampai waktu mereka sudah tahu apa yang perlu dilakukan untuk menjayakan hasrat kaum mereka.

Situasi ini sebenarnya amat membimbangkan kerana ia boleh mengeruhkan hubungan antara kaum. Mereka akan mula merasa sangsi dan merendah rendahkan keupayaan kaum lain.

Bukti yang dapat perolehi atas kesahihan tindakan mereka ini telah berlaku pada PRU13 yang lalu. Kita boleh melihat tindak tanduk mereka di laman Facebook , Tweeter, Whatsapp dan lain lain lagi di mana mereka dengan berani menghantam kerajaan dan mengutuk kaum lain.

Amalan tidak sihat ini perlu dihentikan. Kerajaan mesti mengambil langkah yang drastik untuk mengembalikan hubungan antara kaum agar kembali terjalin dengan baik. Ini untuk memastikan generasi akan datang dapat tinggal di dalam negara ini dengan aman dan damai
tanpa ada perasaan syak wangsangka diantara satu sama lain.

Apa gunanya negara kita mencapai tahap negara maju di tahun 2020 tapi rakyat tidak bersatu, berdendam dan berterusan bersengketa.



No comments:

Post a Comment