Friday, 17 May 2013

Nik Aziz Mula Jauhkan Diri Dari Bala


Menariknya, dikatakan bahawa bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat sendiri yang tidak mahu Husam dan seorang lagi bekas Exco dalam pentadbirannya dulu, Datuk Takiyuddin Hassan dilantik semula.

Umum mengetahui, walaupun tidak dilantik sebagai Menteri Besar, Nik Aziz masih mempunyai pengaruh yang kuat dalam urusan pentadbiran negeri Kelantan. Apatah lagi bila ada sumber-sumber dalaman PAS yang menyatakan, Nik Aziz masih mahu berkhidmat sebagai Menteri Besar, tapi dinasihatkan untuk bersara oleh pihak Istana.

Maka itu tidak hairanlah kenapa barisan Exco kali ini perlu mendapat ‘restu’ Nik Aziz terlebih dahulu atau dalam bahasa lain, Nik Azizlah sebenarnya yang membuat keputusan siapa yang patut dilantik sebagai Exco kali ini, bukan Datuk Ahmad Yaakub.

Ada juga berita menyebut, Nik Aziz dikatakan tidak mahu  melantik pemimpin yang bermasalah seperti Husam dan Takiyuddin – 2 pemimpin berfahaman sederhana dalam parti radikal Islam seperti PAS.  Ketegangan antara Nik Aziz dan 2 pemimpin tersebut bukan satu rahsia di kalangan pemimpin-pemimpin PAS Kelantan.

Ada beberapa isu yang diketahui menyebabkan ketegangan tersebut antara lain campur tangan mereka berdua dalam urusan Menteri Besar sewaktu Nik Aziz terlantar sakit di hospital dan beberapa isu lain membabitkan pengurusan anak syarikat milik kerajaan negeri.

Walaupun Nik Aziz turun membantu kempen Husam di Putrajaya dalam kempen pilihanraya umum yang lepas, itu adalah atas tanggungjawabnya sebagai Mursyidul Am PAS, bukan kerana Husam. Ini memang jelas untuk diakui, kalau ada satu perkara baik mengenai Nik Aziz ialah beliau tidak kisah berkempen untuk kemenangan pemimpin PAS, walaupun mereka tergolong dalam kelompok yang tidak begitu disenanginya.

Yang pasti, Nik Aziz tahu sekiranya kedua dua pemimpin berkenaan dilantik semula membarisi sebagai Exco kerajaan negeri segala isu-isu berkaitan mereka berdua yang mencemarkan pentadbirannya
sebelum ini akan terus berpanjangannya.  Nik Aziz tidak mahu semua itu berlaku, apatah lagi dalam keadaan kesihatannya sekarang, beliau perlu banyak masa untuk berehat dan menyumbangkan bakti kepada parti.

No comments:

Post a Comment