Tuesday, 14 May 2013
Ambiga Bakal Mengheret Rakyat Ke Jalanan Untuk BERSIH 4.0
Ambiga Sreevenasan, Pengerusi BERSIH baru-baru ini menyeru rakyat agar memboikot akhbar-akhbar perdana iaitu New Straits Times, Utusan Malaysia, The Star dan Berita Harian selama sebulan. Beliau juga menyeru agar rakyat memakai baju hitam sepanjang sebulan bagi menunjukkan protes terhadap keputusan PRU-13.
Alasan Ambiga ialah keputusan PRU-13 diperolehi dengan cara tidak bersih. Untuk itu, beliau juga mendesak agar Pengerusi SPR meletakkan jawatan.
Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan undang-undang, Ambiga benar-benar memalukan dirinya sendiri kerana membuat tuduhan tanpa bukti. Lebih-lebih lagi apabila beliau juga yang beria-ia, melompat terkinja-kinja mendesak sistem dakwat kekal yang ketinggalan itu. Nasib baik SPR terus menggunakan sistem sedia ada, yang mana memastikan pengundian berjalan lancar, sementara penggunaan dakwat kekal adalah tidak lebih dari usaha untuk membuat Ambiga gembira.
Malangnya, Ambiga masih tidak gembira walaupun tiada satu pun kes mengundi dua kali atau tidak dibenarkan mengundi akibat kelemahan dakwat kekal yang dipersoalkannya itu. Ambiga tidak akan gembira selagi BN menang kerana BNlah yang menjadi penghalang utama kepada impiannya untuk melihat umat Islam bebas untuk murtad dan rakyat Malaysia bebas untuk mengamalkan LGBT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment