Saturday, 4 May 2013
Apakah Masih Ada Masa Depan Untuk Meraka.
Dengan keizinan ALLAH pakatan rakyat berjaya mengambilalih tampuk pemerintahan negara. Seperti yang telah dijanjikan didalam "MANIFESTO" pakatan rakyat,mereka akan memansuhkan semua tol yang ada di MALAYSIA untuk meringankan bebanan rakyat. Adakah mereka telah membuat kajian yang teliti bagaimana ini boleh dilakukan tanpa menimbulkan sebarang masalah kelak.
Perlaksanaan ini mengakibat beribu rakyat yang akan hilang pekerjaan. Memandangkan ini terpaksa dilaksanakan dengan segera apakah langkah alternatif yang telah mereka sediakan atau akan tawarkan kepada para pekerja di syarikat konsesi tersebut.
Ramai yang akan kehilangan punca pendapatan. Di dalam situasi ekonomi dan pasaran antarabangsa yang tidak menentu agak sukar untuk mereka mencari pekerjaan baru untuk menyara keluarga. Di samping faktor umur dan pengalaman mereka mungkin agak sukar untuk diterima oleh majikan yang baru.
Sekiranya dulu mereka menadah tangan untuk menerima bayaran tol, kelak mereka perlu menadah tangan untuk memohon simpati dari masyarakat sekeliling umtuk meneruskan kehidupan....
Ini perlu diteliti sebelum boleh dilaksanakan. perlu ada 'win win situation' antara rakyat dan pekerja.
Senarai tol yang beroperasi di MALAYSIA adalah seperti berikut.
E1 Projek Lebuhraya Utara Selatan ( PLUS )
E2 Projek Lebuhraya Utara Selatan ( PLUS )
E3 Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia - Singapura ( LINKEDUA )
E5 Lebuhraya Shah Alam ( KESAS )
E7 Lebuhraya Cheras - Kajang ( GRAND SAGA )
E8 Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak ( MTD)
E8 Lebuhraya Pantai Timur ( MTD )
E9 Lebuhraya Sungai Besi ( BESRAYA )
E10 Lebuhraya Baru Pantai ( NPE )
E11 Lebuhraya Damansara - Puchong ( LDP )
E14 Lebuhraya Penyuraian Johor Baharu ( EDL )
E12 Lebuhraya Bertingkat Ampang ( PROLINTAS)
E13 Lebuhraya Kemuning- Shah Alam ( LKSA )
E15 Lebuhraya Butterworth - Kulim ( BKE )
E17 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth ( BORR )
E18 Lebuhraya Kajang Silk ( SILK )
E20 Lebuhraya Kuala Lumpur - Putrajaya ( MEX )
E21 Lebuhraya Kajang - Seremban ( LEKAS )
E22 Lebuhraya Senai - Desaru ( SDE )
E23 Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik KL-Barat ( SPRINT)
E25 Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuala selangor ( KLKS)
E29 Lebuhraya Seremban - Port Dickson ( PLUS )
E30 Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru ( SHAHPADU )
E33 Lebuhraya Duta Ulu Kelang ( DUKE )
E35 Lebuhraya Koridor Guthrie ( PROLINTAS )
E36 Jambatan Pulau Pinang ( PLUS )
E37 Lebuhraya Hubungan Timur - Barat ( METRAMAC ) (M)
E38 Terowong Smart ( LLM )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment