Wednesday, 1 May 2013

Tahu PR Kalah Di Selangor, Khalid Sibuk Kemas Pejabat




BENAR atau tidak kami tidak pasti, tapi khabar kurang menyenangkan yang kami terima dari Pejabat Menteri Besar Selangor yang menyebut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim telah mengemaskan pejabatnya kerana beliau hampir pasti Pakatan Rakyat akan kalah di Selangor.

Tapi ada satu maklumat lain yang menyebut, bukan Pakatan Rakyat yang akan kalah, sebaliknya Khalid yang akan tewas di DUN Pelabuhan Kelang dan dengan itu tidak layak untuk mengekalkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor yang seterusnya.

Mana-mana satu pun yang pasti, Khalid sudah mengemaskan pejabatnya seperti dimaklumkan oleh sumber kami di pejabat tersebut. Bukan setakat itu sahaja, kenderaan rasmi kerajaan negeri yang dikhaskan untuk kegunaan Menteri Besar Selangor pun, sudah beberapa hari tidak digunakan oleh Khalid.

Sedangkan kenderaan untuk Exco masih digunakan sehingga sekarang.

Berita ini bukan setakat dalam pengetahuan petugas kakitangan pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri sahaja tapi telah turut tersebar secara meluas di seluruh Selangor. Malah khabarnya, hampir setiap orang bercakap mengenainya di kedai-kedai makan di sekitar Shah Alam.

Semua cerita ini, walaupun tidak memberi kesan yang begitu besar terhadap Pakatan Rakyat, tapi mampu menjejaskan sedikit keyakinan rakyat Selangor terhadap keutuhan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri tersebut.

Sudahlah laporan terkini dari bilik Operasi PRU13 Pakatan Rakyat di Tropicana menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat hampir pasti tumbang di Kedah dan Kelantan, berita seumpama ini yang katanya berlaku di Selangor, mampu membuatkan moral petugas Pakatan Rakyat berada di tahap terburuk.

Dari banyak maklumat yang kami dapat, hampir kesemuanya menunjukkan Selangor mampu dipertahankan walaupun Pakatan Rakyat gagal melaksanakan hampir kesemua janji pilihanraya yang dibuat dalam manifesto 2008. Rakyat Selangor tidak pentingkan janji-janji tersebut tapi masa depan yang lebih gemilang dibawah Pakatan Rakyat sebagai kerajaan persekutuan.

Lagipun, jangan pandang rendah undi cina.

Cina tidak perlu kerajaan untuk membantu mereka, mereka mampu membantu diri sendiri dan komuniti mereka kerana kejayaan orang cina dalam bidang perniagaan. Cuma orang cina mahukan ialah kerajaan yang mampu memenuhi semua kehendak mereka dan hanya Pakatan Rakyat yang mampu memberi semua itu.

Justeru, Khalid tak perlulah gelabah seperti ini walaupun tahu beliau mungkin kalah di Pelabuhan Klang. Tindakan seumpama ini hanya merumitkan keadaan yang sedia rumit sekarang.

No comments:

Post a Comment