Wednesday, 24 April 2013
PERGERAKAN WANITA UMNO - APAKAH YANG SEBENARNYA BERLAKU?.
Kehadiran Ketua Wanita UMNO di Sarawak pada 20 April sewaktu pencalonan PRU 13 menimbulkan pelbagai pertanyaan. Datuk Sharizat dilihat bersama naib Ketua Wanita PBB Datuk Fatimah Abdullah mengiringi calon PBB Rubiah Wang pada hari tersebut. Jika alasan beliau sebagai Ketua Wanita BN dan kawasan yang ditandingi agak panas memerlukan pengaruh, kekuatan dan menyuntik semangat kepada ahli ahli BN disana alasan ini tidak boleh diterima. Ini baru hari pencalonan bukan waktu untuk berkempen. Kita sedang menghadapi satu Pilihanraya Umum bukan Pilihanraya Kecil dan juga pertandingan ini di antara PBB dan PAS. Umum mengetahui di Sarawak kehadiran parti dari semenanjung tidak mendapat sambutan dari penduduk tempatan melainkan DAP.
Selaku Ketua Wanita UMNO beliau seharusnya berada di semenanjung untuk memberikan sokongan yang padu kepada UMNO terutamanya kepada calon wanita dari pergerakan tersebut yang terpilih untuk bertanding pada pilihanraya kali ini. Beliau seharusnya mengiringi Dr Rozaidah Talib yang bertanding di P99 Ampang yang akan di tentang oleh Zuraida Kamaruddin dari PKR yang juga merupakan Ketua Wanita PKR. Situasi disini lebih kritikal dimana kawasan yang ditandingi berada di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat berbanding di P197 Kota Samarahan.
Adakah ini berpunca dari perasaan beliau yang tidak puas hati dan terkilan dengan jumlah calon wanita yang dipilih oleh pucuk pimpinan untuk bertanding tidak mencapai sasaran. Adakah beliau juga terkilan kerana tidak dicalonkan untuk bertanding pada pilihanraya kali ini.
Kejutan sewaktu hari pencalonan juga memberikan impak besar kepada Pergerakan Wanita UMNO. Pengumuman Datuk Kamilia Ibrahim yang juga merupakan Timbalan Ketua Wanita untuk bertanding sebagai calon bebas agak memeranjatkan semua pihak. Kredibiliti beliau sebagai ketua boleh dipertikaikan oleh semua pihak. Walaupun ini keputusan peribadi Datuk Kamilia beliau seharusnya lebih bijak menangani isu ini. Keengganan timbalan beliau bertanding di kerusi DUN yang seperti yang di tawarkan dan berkeras mahu bertanding di parlimen perlu di perhalusi dan dibincangkan bersama.
Jika melihat pada senario semasa ini adakah benar pergerakan wanita ini berada dalam keadaan yang goyah dan bergolak?. Situasi begini tidak seharusnya berlaku pada keadaan yang begitu getir untuk parti dan negara. Ahli Pergerakan Wanita UMNO perlu bertindak dan mencari jalan keluar untuk menyelesaikan kemelut dalaman yang sedang mereka lalui sekarang. Harapan besar agar segala kemelut ini dapat diselesaikan dan tidak menjejaskan kempen pilihanraya yang begitu getir dalam sejarah parti semenjak penubuhannya.
Datuk Sharizat mungkin mengalami nasib yang sama seperti Datuk Siti Zaharah yang kerjaya politik masing masing berakhir dengan kegagalan. Adakah ini disebabkan tindakan mereka berdua yang mengingkari dan bertindak untuk bertanding jawatan menentang ketua pergerakan pada ketika itu.
Mungkin sudah tiba masa untuk ahli ahli Pergerakan Wanita UMNO mencari dua orang calon yang berkelayakan dan mampu menerajui pergerakan mereka dengan lebih efisyen dan berdaya saing. Walaupun tidak kelihatan nama nama besar di dalam pergerakan wanita pada ketika ini mereka terpaksa membuat pillihan. Pilih dan lantik mereka yang difikirkan mampu untuk mengambil alih untuk menerajui dan menggalas tugas yang diberikan dan diamanahkan dengan lebih berkesan.
BARISAN KEPIMPINAN WANITA UMNO.
UMNO
KEPIMPINAN WANITA 2008 – 2011
PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA
PENGERUSI TETAP
YBHG TAN SRI DATO’ HAJAH NAPSIAH OMAR
25, JALAN AMINUDDIN BAKI, 70100 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
YBHG DATO’ HAJAH SARIPAH AMINAHBI BINTI SYED MOHAMED
127-O, JALAN TENGKU, 11600 JELUTONG, PULAU PINANG
KETUA WANITA
YBHG DATO’ SRI SHAHRIZAT BINTI ABDUL JALIL
IBU PEJABAT PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA, TINGKAT 37 MENARA DATO’ ONN, JALAN TUN ISMAIL 50480 KUALA LUMPUR
NAIB KETUA
YHBG DATO’ HAJAH KAMILIA BINTI DATO’ IBRAHIM
IBU PEJABAT PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA, TINGKAT 37 MENARA DATO’ ONN, JALAN TUN ISMAIL 50480 KUALA LUMPUR
PENOLONG SETIAUSAHA
YBHG DATUK ROSNI BINTI SOHAR
IBU PEJABAT PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA, TINGKAT 37 MENARA DATO’ ONN, JALAN TUN ISMAIL 50480 KUALA LUMPUR
PENOLONG BENDAHARI
PUAN NORASLINA BINTI DATUK ZAINAL ABIDIN
NO 20 JLN SG 20, TAMAN BATU CAVES, 61800 SELANGOR
KETUA PENERANGAN
YB DATO’ HAMIDAH BINTI OSMAN
LOT 70431 KG TERSUSUN, JLN GOPENG, 31000 BATU GAJAH PERAK
EXCO
YBHG DATUK HAJAH HASNAH BINTI SALAM
LOT 25 JALAN MELAKA PERDANA 3, TAMAN MELAKA PERDANA, 78000 ALOR GAJAH MELAKA
YBHG DATUK HAJAH MAZNAH BINTI ABD HAMID
NO 55 KOMPLEKS UDARAMA, JLN 2/64A, OFF JLN IPOH, 50350 KUALA LUMPUR
YBHG DATO’ HAJAH ROSNI BINTI HAJI ZAHARI
NO 50 TKT 1 JLN HJ AHMAD SHAH , LURAH TEMERLOH, 28100 TEMERLOH PAHANG
YBHG DATUK ARMANI BINTI HJ MAHIRUDDIN
LOT 5A BLOK 26 TG 2, JALAN 1 PETI SURAT 1522, 90716 SANDAKAN SABAH
YBHG DATIN PADUKA DATUK NORHAYATI TAN SRI DATO SERI HAJI ONN
42 JALAN PERAK 7/1F, SHAH ALAM, 40000 SELANGOR
YBHG DATO’ NORHAYATI BINTI OMAR
NO 120E BATU 1 JLN SEREMBAN, 72000 KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN
YB DATUK HAJAH RUSNAH BINTI KASSIM
LOT 4737 KG TERSUSUN BATU 6, 31150 ULU KINTA, PERAK
YBHG DATUK HAJAH MARLIA BINTI ABD LATIFF
NO 88 PERSIARAN PERDANA 5, KULIM PERDANA HITECH PARK, 09000 KULIM KEDAH
YB SENATOR NORIAH BINTI MAHAT
BATU 37 BUKIT PASIR, 84300 JOHOR BHARU, JOHOR
YBHG DATIN HAJAH ROS SURYATI BINTI ALANG
356 HILIR PEMANCAR, 11700 TASEK GELUGOR, PULAU PINANG
YBHG DATO’ HAJAH JAMELAH BINTI A BAKAR
101-101M JALAN SBC 1, TAMAN SRI BATU CAVES, 68100 BATU CAVES SELANGOR
YB PUAN SURAYA BINTI YAACOB
NO 12 TAMAN SOFIA, JLN KUALA KEDAH, 05450 ALOR SETAR KEDAH
PUAN AZIHANI BINTI DATO’ ALI
NO 56 JALAN TEMBUSU TAMAN JEJAWI, 02600 ARAU, PERLIS
YB SENATOR NORLIZA BINTI ABDUL RAHIM
NO 41 CANGKAT BUKIT GAMBIR 2, DESA MUTIARA 2, 11700 GELUGOR, PULAU PINANG
YBHG DATO’ HAJAH SHARIFAH AZIZAH BINTI SYED ZAIN
NO 3 JALAN AHMAD KHAN, 86000 KLUANG, JOHOR
YB SENATOR DATO’ MAZNAH BINTI MAZLAN
PEJABAT TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA, ARAS 6-9 BLOK D3 KOMPLEKS D, 62530 PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
YB DATUK HAJAH AZIZAH BINTI DATUK SP HAJI MOHD DUN
MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT & HAL EHWAL NEGERI SABAH, TINGKAT 1 (PODIUM) WISMA TUN STEPHENS , 88300 KOTA KINABALU SABAH
YBHG DATIN PADUKA HAJAH SERIPAH NOLI BINTI SYED HUSSIN
NO 7 JALAN PLATINUM 7/41A, SEKSYEN 7 SHAH ALAM , SELANGOR
PUAN NORLIZA BINTI AHMAD
LOT 2565 JLN KASSIM , BATU 5 3/4 JALAN MERU , 41050 KLANG SELANGOR
YBHG HAJAH WAN HAZANI BINTI HAJI WAN MOHD NOR
294-1446 KAMPONG BARU, 18300 GUA MUSANG, KELANTAN
YBHG DATUK HAJAH FATIMAH BINTI HAMAT
676J TAMAN DATO HAJI ABD RAHMAN, 21700 KUALA BERANG, TERENGGANU
YBM SENATOR DATUK RAJA ROPIAAH BINTI RAJA ABDULLAH
NO 35 JLN LENGKOK SETIA BUDI, BUKIT DAMANSARA, 50490 KUALA LUMPUR
YBHG DATUK HAJAH AZIZAH BINTI ABDUL SAMAD
44 JALAN SS7/4 KELANA JAYA, 47301 PETALING JAYA, SELANGOR
CIK ROSLIN BINTI ABDUL RAHMAN
KT 73 KETARI, 28700, BENTONG, PAHANG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment