Thursday, 16 May 2013

Pakatan Pembangkang Masih Memenangi PRU13!!!.



Semakin bercelaru rupanya parti pembangkang idi negara ini. Kita boleh melihat bila membaca berita di dalam portal-portal pembangkang beberapa hari kebelakangan ini. Dari cara penulisan mereka nampak seperti mereka pula yang memenangi pilihanraya sedangkan pada hakikatnya Barisan Nasional yang lebih berhak. Barisan Nasional  juga telah berjaya membentuk semula 10 kerajaan Negeri termasuk Kedah yang berjaya di rampas kembali berbanding pembangkang hanya menguasai 3 buah negeri sahaja.

Yang sering dijadikan modal ialah mereka cuba menonjolkan kegagalan Barisan Nasional dibawah pentadbiran Datuk Seri Najib yang kononnya lebih teruk dari zaman pemerintahan Paklah. Mereka terlupa ketika itu prestasi Barisan Nasional pada 2008 sangat teruk, dari menguasai 90% kerusi Dewan Rakyat pada 2004, kehilangan majoriti 2/3 di parlimen.

Kalau tidak disebabkan 8 kerusi menang tanpa bertanding, Barisan Nasional mungkin hanya ada 132 kerusi di Dewan Rakyat, Barisan Nasional juga kehilangan 4 buah negeri, tambahan kepada Kelantan yang hanya dibezakan dengan 1 kerusi DUN pada 2004.

Bagaimanapun kita terima hakikat itu (pembangkang tunjuk macam kuat) kerana dalam dunia penuh propaganda hari ini, perkara tersebut adalah biasa, apatah lagi mengetahui politik Anwar Ibrahim yang banyak caca marbanya.

Cakap pasal Anwar, janji dia akan bersara dan menjadi pensyarah jika gagal menjadi Perdana Menteri kali ini, dimungkiri begitu sahaja dengan dakwaan dia menang berasaskan undi popular. Sejak bila negara kita memilih kerajaan berasaskan undi popular bukan kerusi yang dimenangi. Sebagai orang lama dalam politik Anwar amat arif tentang isu ini tetapi memandangkan rakyat tidak memahaminya ianya dijadikan bahan untuk dijajakan agar kelihatan kemenangan masih berpihak kepada pakatan rakyat.

Hakikatnya BN menang undi popular sebab Anwar terlupa nak masukkan jumlah undi di Sarawak yang kita menang pada 2011.  Selain itu BN bertempur dengan PAS, PKR dan DAP, bukan Pakatan Rakyat, periksalah kertas undi kalau ada satu yang tertulis perkataan tersebut.

Apa pun kita merasa lucu bila melihat bagaimana media pro pembangkang cuba mengajar BN bagaimana untuk menjadi lebih relevan?  Mereka sepatutnya mencerminkan diri mereka terlebih dahulu bagaimana mahu dilihat lebih relevan baru boleh mengajar orang lain. DAP sepatutnya bertanya kenapa dalam situasi masyarakat cina memberikan 97% undi kepada PKR dan DAP, mereka hanya mampu menang 38 dari 51 kerusi parlimen yang ditandingi.

Begitu juga dengan PKR, kenapa mereka hanya menang 30 dari 99 kerusi yang ditandingi. Kekalahan 69 kerusi dikiranya amat besar dan memalukan.

Ini yang patut dikaji, bukan mencanang dengan cuba nak menafikan keputusan pilihanraya lepas dengan pelbagai dakwaan yang tak terbukti sehingga sekarang.

Dibawah kepimpinan Ketua Polis Negara yang baru,yang nampak lebih bersedia diharap dapat segera  membendung segala gejala yang tidak baik ini berlanjutan. Jangan dibenarkan hasutan dan provokasi yang bertujuan untuk  mencetuskan keganasan ini berleluasa. Semua perlu ditangani sebaik mungkin demi menjamin keamanan dan kehormonian negara terjamin.

No comments:

Post a Comment