Saturday, 4 May 2013
Adakah Ini Satu Suratan Atau Kebetulan.
Mereka ini sering di gembar gemburkan oleh Pakatan Rakyat diantara syarikat yang menjadi kroni kepada UMNO/BN.
Tan Sri Vincent yang merupakan pemegang sahan terbesar di dalam kumpulan Berjaya telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari menerajui syarikat milik beliau setelah berjaya memeteraikan perjanjian pembelian tanah dari kerajan Pulau Pinang. Kini kumpulan Berjaya di ambilalih dan di terajui oleh anak lelakinya.
Tan Sri Danny Tan yang juga merupakan adik kepada Tan Sri Vincent Tan adalah merupakan pemegang saham utama di dalam Dijaya Corporation Bhd. Pada 19 April 2013 Dijaya telah berjaya membida tanah dan membeli tanah PNSB seluas 474.29 ha di Canal City pada harga 1.3 billion. Perjanjian ini ditandatangani selepas 14 hari pembubaran kerajaan Negeri Selangor.
Dijaya Corporation Bhd juga telah pernah menimbulkan satu kontroversi sedikit masa dulu dengan kerajaan Pulau Pinang mengenai projek Bayan Mutiara yang membangunkan projek Penang World City. Pada awalnya Ivory Property Group Bhd telah berjaya dalam bidaan untuk membeli tanah tersebut. Dijaya telah berjaya menguasai 55% kepentingan di dalam Ivory Properties secara ' back door' baki 45% melalui satu perjanjian ersefahaman yang telah di tandatangani.
Jika di lihat pada senario tuduhan yang mereka adalah kroni kepada UMNO/BN adalah tidak berasas lagi. Bagaimana PAKATAN RAKYAT boleh membenarkan syarikat yang dipegang oleh kroni UMNO/BN dapat membeli tanah dari kedua kerajaan negeri ini.
ADAKAH MEREKA INI KRONI UMNO/BN ATAU KRONI ANWAR.
WALAUPUN DARI SUDUT PERUNDANGAN PERJANJIAN ITU SAH TAPI SATU PERSOALAN TIMBUL SEKARANG PERLUKAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR MENERUSKAN PERJANJIAN PENJUALAN TANAH TERSEBUT SETELAH DUN DI BUBARKAN.
KENAPA TIDAK MENUNGGU SEHINGGA SELESAI PILIHANRAYA KE 13 BARU PERJANJIAN ITU DITANDATANGANI. ADAKAH MENTERI BESAR SELANGOR TIDAK YAKIN YANG BELIAU AKAN KEMBALI MENJADI KETUA DI DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR. HANYA TAN SRI KHALID YANG DAPAT MEMBERIKAN JAWAPAN YANG SEBENARNYA....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment