Artikal dipetik dari blog Suara Pakatan Rakyat.
Justeru, kami telah menghasilkan beberapa artikel menyebut tentang sekolah pondok ini sahaja, boleh rujuk disini dan disini. Percayalah, pada waktu itu, tidak ada blog Pakatan Rakyat yang menyentuh isu sama, hanya kami saja. Akhirnya ternyata, isu itu mempunyai relevan dengan kedudukan politik pasca PRU kali ini bila Kedah terlepas ke tangan BN – hanya sepenggal setelah diperintah Pakatan Rakyat.
Berbalik pada isu dipermulaan tadi.
Sebetulnya kami tidak tahulah, berapa ramai dari orang Islam yang mendapat ‘dosa’ (mengikut tafsiran ulama sekolah pondok) kerana mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang lepas, tapi kalau diikut dari jumlah undi yang kita terima, agak banyak jugalah.
Dari situ saja kita boleh tahu bahawa pengaruh sekolah pondok ini tidak begitu meluas dan pandangan mereka ditolak oleh majoriti orang Islam di negara ini, sebab itu ramai juga yang mengundi Pakatan Rakyat disebalik ‘pengharaman’ tersebut!!
Tapi berlainan dengan kesnya di Kedah.
Dikatakan, gerakan besar-besaran oleh guru-guru sekolah pondok yang menghasut dan mencemarkan pemikiran pelajar mereka, telah menyebabkan Pakatan Rakyat tewas di negeri tersebut. Nasib baik Kedah, negeri yang tidak punya hasil yang begitu banyak seperti Selangor dan Pulau Pinang. Maka itu kehilangannya tidak diratapi sangat.
Sistem pendidikan sekolah pondok, tidak menetapkan sebarang had umur untuk para pelajarnya. Sesiapa juga yang ingin mendalami ilmu Islam, layak untuk menyertai institusi tersebut, termasuk orang-orang dewasa yang telah layak mengundi.
Peluang inilah yang digunakan oleh pengusaha dan guru-guru sekolah pondok untuk menyebarkan fahaman salah mengenai Pakatan Rakyat di kalangan pelajar-pelajar mereka. Paling tidak pun, pelajar sekolah pondok yang lebih muda, digunakan untuk mempengaruhi ibu bapa masing-masing.
Begitulah bagaimana gerakan ini berjalan dan menghasilkan momentum besar yang membawa kepada kejatuhan Pakatan Rakyat di Kedah.
Melihat kepada keadaan demikian, PAS terutamanya perlu melaksanakan janji untuk menghapuskan insititusi sekolah pondok dinegeri-negeri yang masih kita kuasai. Walaupun PAS hanya tinggal satu kerajaan di Kelantan, tapi pengaruh PAS masih relevan untuk mengesa penutupan sekolah pondok di Selangor dan Pulau Pinang.
Takkan nak suruh DAP atau PKR, apa pula kata orang nanti. Hal-hal agama, biar sajalah pada orang agama untuk menguruskannya, walaupun dalam soal penutupan sekolah pondok.
Lagipun, keadaan sekolah-sekolah pondok ini menyemakkan pemandangan. Keadaan sekolah yang tidak terurus dengan sempurna, lebih menyerupai kandang kambing dari sekolah juga adalah antara faktor kenapa institusi sekolah pondok ini wajar dihapuskan buat selama-lamanya di negara ini
No comments:
Post a Comment