Thursday, 9 May 2013

Intipati Ucapan Hasutan Anwar Ibrahim di Stadium Kelana Jaya 8 Mei 2013



"Malam ini, rakyat telah berikan jawapan bahawa rakyat Malaysia mahukan PRU yang adil. Rakyat mahu UMNO/BN tumbang.

(SPR sudah tunaikan segala permintaan Pakatan Rakyat melalui BERSIH yang diketuai oleh Ambiga. Apa lagi yang Anwar mahu?)

Jangan rampas hak rakyat Malaysia! Jangan angkuh dan sombong! Semua kaum adalah keluarga rakyat Malaysia. Rakyat tolak rasuah dan tolak perkauman.

(Siapa yang merampas hak rakyat dan dengan angkuh dan sombongnya menidakkan keputusan PRU13? Adakah DAP tidak bersifat perkauman?)

Pakatan Rakyat tabik hormat kepada rakyat. Rakyat mesti bangkit menentang segala penipuan. Rakyat ada keberanian untuk berubah dan tidak perlukan sistem mengongkong rakyat.

(Tabik hormat rakyat? Kongkong rakyat? Jika benar hormat rakyat, kenapa buat perhimpunan haram yang menyusahkan rakyat?)

UMNO/BN tipu minyak, elektrik dan dakwat! Sebenarnya rakyat masih sokong Pakatan Rakyat 52%. Najib hanya ada 42% dan yang lain adalah Bangladesh. Najib tiada keyakinan untuk menang PRU13. Najib kini memimpin dengan cara yang tidak sah!

(Sebelum PRU13, Pakatan Rakyat minta SPR gunakan dakwat. Bila sudah ditunaikan, mereka bantah pula. Nampak tak siapa yang cuba memperbodohkan rakyat? Dan siapa sebenarnya yang membawa warga Bangladesh untuk memburukkan BN? Bukan Nurul Izzah ke?)

BN mempunyai agenda rasis! Keputusan PRU13 bukan kerana tsunami cina tetapi tsunami rakyat. Apalah salah cina keluar untuk mempertahankan hak mereka? Tolak kezaliman! Pakatan Rakyat harus bekerja kuat mulai sekarang.

(Kini Anwar tahu, sukar utk dia pergunakan Melayu dalam PKR dan PAS. Rancangan baru, Anwar akan pergunakan cina untuk merealisasikan impiannya untuk menjadi PM?)

Pakaian Hitam bermaksud tanda terkuburnya demokrasi di Malaysia. Hari sabtu, penyokong Pakatan Rakyat diwajibkan memakai pakaian hitam sebagai tanda protest.

(Jelas sekali Anwar tiada keinginan untuk bersara dari arena politik Malaysia selagi dia tidak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia)

30 kawasan Parlimen telah ditipu oleh SPR dan BN. BN curi Petronas, curi harta rakyat. Polis harus jalankan tanggungjawab!

(30 kawasan ditipu, kenapa tidak bantah keputusan tersebut di mahkamah berserta dengan bukti-bukti kukuh? Atau ini hanya propaganda Anwar?)

Pakatan Rakyat akan terus berjuang dan tidak akan undur. Kita akan adakan perhimpunan haram di Sabah dan Sarawak. Jangan percaya utusan yang hendak melagakan kita. Pakatan Rakyat yang menang PRU13 tetapi UMNO/BN tubuh kerajaan!

(Tidak cukup dengan kerosakan di semenanjung, mahu di bawa pula ke kepulauan Borneo yang aman damai? Terdesaknya Anwar sampai nak huru harakan negeri lain?)

Cukuplah Mengkhianati rakyat dan merompak keputusan rakyat! Rakyat berhak memilih kerajaan mereka!

(Berhak memilih tetapi Anwar tidak hormat keputusan rakyat yang menyokong BN pula bagaimana?)

MUNGKIN HANYA MAUT YANG DAPAT MENYELAMATKAN NEGARA DARI TERUS BERHADAPAN DENGAN KEMELUT INI.

No comments:

Post a Comment