Wednesday, 15 May 2013
PAS Menolak Jawatan MB Kerana Tidak Mampu "MengIslamkan" Selangor
Sudah menjadi tradisi di negara ini, parti yang paling banyak memenangi kerusi dikira layak untuk memegang jawatan Menteri Besar dalam sesebuah negeri. Di Pulau Pinang UMNO pernah menolak jawatan tersebut kerana menghormati parti GERAKAN dan juga majoriti rakyat disana adalah kaum cina. Di Selangor majoriti rakyatnya melayu, Pakatan Rakyat telah berjaya memenangi 44 kerusi dimana PAS 15, DAP 15 dan PKR 14. Mengikut kelazimannya PAS lebih layak memegang jawatan Menteri Besar Selangor berbanding PKR. Agak mendukacitkan bila PAS lebih rela mengambil kerusi belakang dan membiarkan PKR mengambil jawatan tertinggi dalam kerajaan. Jadi mengapa diserahkan kepada PKR? Adakah mereka ingin dilihat mempunyai semangat 'setiakawan atau permufakatan' dimata rakyat.
Bila PAS dan DAP berjaya mencapai kejayaan mempertahankan negeri dan membentuk kerajaan baru meninggalkan PKR yang kekurangan kerusi dibandingkan rakan pakatan yang lain. PKR akan mendapat malu sekiranya tidak berpeluang mentadbir semula negeri Selangor. Atas dasar ini maka persetujuan dicapai untuk memberikan jawatan itu kepada PKR.
Penolakan PAS untuk bersaing bagi jawatan Menteri Besar di lihat sebagai pengecut. Inilah peluang dan masanya bagi pucuk pimpinan tertinggi PAS dapat membuktikan dan menyakinkan pengundi mereka dan rakyat melihat kemampuan mereka mentadbir sebuah negeri yang kaya dan maju. Ini akan dapat menyakinkan mereka untuk terus mengundi dipilihanraya akan datang.
Melalui jawatan Menteri Besar yang disandang itu membolehkan PAS memperkenalkan dan melaksanakan pelbagai dasar dasar yang mereka perjuangankan selama ini. Di Kelantan apabila Nik Aziz menjadi Menteri Besar beliau telah berjaya melaksanakan beberapa larangan untuk digunapakai di Kelantan?. Penutupan kedai nombor ramalan, pusat hiburan, persembahan dikir barat dan mak yong diharamkan. Rakyat dimestikan bertudung begitu juga pengasingan membuat pembayaran antara lelaki dan perempuan. Iklan yang menjolok mata tidak dibenarakan. Semua larangan ini diputuskan oleh Menteri Besar.
Berbalik kepada negeri Selangor, mengapa PAS menolak jawatan ini? Adakah kerana takut? Adakah di Selangor mereka merasakan agak sukar untuk ditadbir tidak seperti di Kelantan? Pas seperti sudah dapat menghidu akan kekalutan yang pasti akan berlaku sekiranya mereka mengetuai pentadbiran di Selangor. PAS pasti akan berdepan dengan berbagai tekanan dari ahli dan juga masyarakat sekeliling dengan apa yang cuba mereka laksanakan kelak.
Mampukah mereka membatalkan lesen dan menutup dua kilang arak terbesar di selangor?. Guiness/Anchor di Seri Setia dan Carlsberg di Shah Alam itu? Beranikah mereka menutup semua pusat hiburan yang terdapat dimerata tempat di Selangor? Menutup semua rumah urut dan pusat karaoke?. Mampukan mereka membatalkan lesen perniagaan kedai nombor ramalan?. Bolehkah mereka melarang penjualan minuman keras di Selangor? Pemakaian tudung diwajibkan di negeri Selangor bolehkah semua ini dilakukan?. Bersediakah pakatan rakyat menerima tindak balas dari masyarakat setempat terutamanya dari mereka yang bukan ISLAM?. Sanggupkah mereka menerima penolakan rakyat kepada pakatan rakyat di PRU14 kelak???.
Mampukah mereka menyakinkan rakan dalam pakatan untuk menyokong segala tindakan yang akan diambil?. Jawapan yang amat mudah PAS tidak akan berani mengambil segala tindakan tersebut dan akan terus menolak di dalam persaingan untuk jawatan Menteri Besar. Alasan yang diberikan lebih kepada menghormati rakan di dalam pakatan dan tidak gila kuasa. Dimanakah laungan mereka selama ini yang ingin menegakkan dan mengamalkan cara hidup secara ISLAM yang bebas dari maksiat. Pas sebenarnya telah lari dari tanggungjawab Islam yang selama ini dilaungkannya. Kalau sudah terbukti gagal mengislamkan Selangor, bagaimana mahu mengislamkan Malaysia kelak. Semua ini hanyalah POLITIK basi yang PAS perjuangkan. Islam hanya digunakan untuk mendapatkan kuasa.
Tan Sri Khalid sudah sah dan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor. Apa yang perlu kita lihat sekarang peranan yang akan diberikan kepada PAS oleh Pakatan Rakyat. Rakyat juga mahu melihat apakah peranan PAS dalam mengukuhkan ISLAM di Selangor. Adakah PAS berterusan menjadi Pak Turut kepada Pakatan Rakyat? Kita tunggu dah lihat apa yang akan disumbangkan oleh PAS selama 5 tahun mendatang. BERJAYA ATAU GAGAL!!!.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment