Friday, 10 May 2013

Pakatan Rakyat Berterusan Mengheret Rakyat Bagi Mencapai Agenda.


Pada 18 Mei 2013 Rakyat sekali lagi akan diheret oleh pembangkang untuk menyertai misi himpunan haram mereka bagi membantah keputusan PRU 13 yang telah dimenangi oleh Barisan Nasional. Keputusan  ini telah disahkan oleh pihak SPR. pada 6 Mei 2013.

Sudah menjadi amalan pembangkang untuk mengheret rakyat ke jalanan. Mereka telah merancang seawal 5 Mei 2013 untuk pembangkang mengadakan himpunan haram sekiranya keputusan PRU13 tidak memihak kepada mereka. Sekiranya perhimpunan haram 18 Mei 2013 diadakan ianya telah menepati ramalan awal sebelum ini. Lihat infographic dibawah.
Jika perhimpunan haram pada 18 Mei 2013 ini diadakan seperti yang dirancangkan, bermakna pelan pembangkang sudah berada di peringkat yang kelima - 
DEMONSTRASI BANTAHAN KEPUTUSAN PRU13.

Umum mengetahui, rakyat Malaysia dari setiap lapisan sudah menerima dengan hati terbuka keputusan pilihanraya ini.Kemenangan Barisan Nasional bersih dan telus tiada unsur penipuan. Keputusan ini tidak boleh diterima oleh Anwar Ibrahim. Bagi mengelak kredibiliti dipersoalkan Anwar terpaksa bangkit dan membuat penentangan atas keputusan tersebut.

Selepas kekalahan dan gagal menakluki Putrajaya pada 5 Mei 2013, Anwar dengan segera menuduh SPR bersubahat dengan Barisan Nasional  merompak keputusan kemenangan Pakatan Haram dan sekaligus meniup api kemarahan berunsur perkauman dengan memutarbelitkan kenyataan Najib yang menganggap PRU13 kali ini ada berlakunya "Tsunami" dari masyarakat Cina.

Maka bermula episod penentangan pakatan rakyat terhadap keputusan tersebut. Pada 8 Mei satu perhimpunan haram  telah diadakan di Stadium Kelana Jaya. .Ini adalah satu isyarat awal untuk mengheret rakyat ke jalanan terutamanya kaum cina untuk menuntut kerajaan Barisan Nasional digulingkan dan Kerajaan Pakatan Rakyat diangkat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.. 

Kaum cina yang telah diperdaya dengan janji-janji manis DAP yang berjanji akan membawa perubahan dalam pentadbiran kerajaan pusat telah termakan hasutan Anwar Ibrahim.Mereka telah bersatu dengan mengandakan usaha dengan menyebarkan fitnah mengenai kenaikan harga barangan di media sosial, boikot barangan usahawan melayu dan yang paling jelas sekali pembabitan akhbar Sin Chew Daily mengeluarkan karikatur yang menunjukkan seolah-olah melayu dan bumiputera terpaksa menjilatkan kaki kaum Cina untuk mengekalkan kuasa di negara ini.

Budaya perhimpunan haram ini tidak boleh dibiarkan. Pembangkang semakin menunjukan sikap kurang ajar dan berterusan mempergunakan rakyat untuk kepentingan mereka.  Rakyat yang mencintai keamanan dan toleransi sepatutnya tidak menyokong budaya sebegini dan tidak menyertai perhimpunan haram pada 18 Mei 2013. Peradaban dan imei negara akan hancur dan tercemar dengan gaya perubahan yang dibawa oleh Anwar Ibrahim dan sekutunya.

Anwar bukan sahaja tidak menghormati hak rakyat yang telah bersuara malah beliau juga telah gagal menghormati  amalan demokrasi yang beliau sering laungkan.Adakah kita bersedia melalui zaman gelap dinegara yang kita cintai ini. 

No comments:

Post a Comment