Mari kita lihat dari sudut yang berbeza. Ini bukan bertujuan untuk memperkecilkan kewibawaan dua individu ini tetapi hanya sebagai ingatan kepada pemimpin yang lain. Individu yang dimaksudkan adalah Datuk Seri Haji Mohd Ali Mohd Rustam dan Dato' Haji Abdul Ghani Othman.
Faktor 1
BIla di lihat dari faktor umur mereka sepatutnya tidak menawarkan diri untuk menjadi calon untuk bertanding pada PRU 13 yang lalu dengan memberikan laluan kepada muka baru untuk bertanding.
Datuk Ali Rustam berumur 63 tahun dan Dato Ghani Othman berumur 66 tahun.
Rekod pencapaian mereka dalam mentadbir negeri amatlah memberangsangkan.
Akibat dari kekalahan baru baru ini mencalarkan sedikit nama mereka.
Memang benar anda mengetuai kerajaan negeri dan mempunyai hak untuk memilih siapa yang akan bertanding tetapi perlu diingat ada waktu dan ketikanya kita kena mengambil langkah bijak untuk berundur sebelum dipaksa berundur. Ini memang sudah menjadi lumrah ahli politik di negara ini yang tidak mahu berundur dan ingin berkuasa sepanjang hayat.
Buat kali yang kedua saya berpesan kepada penyokong Datuk Ali kiranya dulu Tan Sri Muhiyiddin dikatakan punca dibatalkan kelayakan beliau untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dan sekarang dengan alasan pengundi yang sering dibantu telah menikam dari belakang dengan tidak mengundi beliau. Ingat mereka ini cuma perantaraan yang menjadikan punca dan sebabnya. ALLAH yang sebenarnya tidak merestui hasrat itu, Terima lah dengan hati yang terbuka.
Bagi Datuk Ali tak perlu risau jawatan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka mungkin akan di sandang oleh beliau bila tamat tempuh Tun Khalil kelak.
Faktor 2
Dulu ramai yang takut bila sudah tidak mempunyai kuasa. Takut ramai kenalan akan mula menjauhkan diri kerana sudah tidak ada kepentingan. Sekarang sudah terbukti kita masih berkuasa tetapi mereka dengan tiada segan dan silu mengkhinati kita. Bila keadaan sedang genting dan kita memerlukan sokongan mereka, mereka menolak dan tidak mengundi kita. Berbeza dengan kita yang sering memberikan peluang dan bantuan kepada mereka bila memerlukan.
Jadikan ini satu pengajaran kepada semua pemimpin UMNO agar jangan lupa diri bantulah bangsa anda sendiri dahulu. Dengar keluhan dan rintihan rakyat dan ahli parti. Kurangkan berdamping dengan mereka. Mereka hanya mempergunakan anda untuk kepentingan mereka. Mungkin nasib anda akan menyusul kemudian.
Harapan saya jangan ada yang tersinggung dengan kenyataan ini. Jadikan pengajaran dan jangan malu menegur pemimpin kita bila mereka terleka. Jangan takut di label atau di boikot, tanpa sokongan anda tak mungkin mereka boleh sampai dimana mereka berada sekarang.
HARUS BERANI UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.
No comments:
Post a Comment