Saturday, 11 May 2013
PAS P.Pinang Tidak Layak Sertai Barisan Exco Negeri - Guan Eng
Seperti yang telah di duga, Pas sekali lagi terpaksa akur dengan sikap parti ‘ultra kiasu’ DAP yang cuba bertindak dominan yang rakus dan tamak kepada kuasa. Ini dibuktikan melalui perlantikan jawatan Exco yang diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam yang secara jelas menyingkirkan Pas selaku rakan sekutu.
Walaupun Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man seolah pasrah dengan keputusan Guan Eng itu, namun suara akar umbi Pas mengatakan sebaliknya. Dalam Pilihan Raya Umum 2008, wakil rakyat Pas juga tidak disenaraikan sebagai anggota Exco.
Kononnya sebagai timbal balas dan menghargai jasa Pas Pulau Pinang, Guan Eng hanya menyambung kontrak Salleh sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam (Maipp )
Menurut sumber, ramai dikalangan penyokong Pas Pulau Pinang melahirkan kekecewaan atas tindakan DAP itu, yang dilihat seolah-olah tidak mengiktiraf langsung peranan yang dimainkan oleh mereka dalam pilihanraya yang lalu. Menurut mereka, walaupun majoriti pengundi adalah merupakan mereka yang berbangsa Tionghua, namun kerja keras yang diberikan oleh petugas Pas sedikit sebanyak telah menyumbangkan kepada kemenangan besar pakatan itu.
“Kami nyata kecewa dan terluka dengan sikap ‘cauvinisme’ yang ditunjukkan DAP, seoalah-olah, Pas langsung tidak memberikan sumbangan terhadap kemenangan di Pulau Pinang ini.
Walaupun ketika masa berkempen ada di kalangan petugas yang enggan memberikan kerjasama, namun atas semangat menghormati perpaduan dalam Pakatan, kami akhirnya terpaksa ‘akur’ dengan pimpinan atasan”, kata salah seorang pemimpin Pas Pulau Pinang yang meminta agar identitinya dirahsiakan itu.
Ini membuktikan DAP sememangnya tidak menerima dasar perjuangan Islam Pas termasuk hukum hudud memandangkan Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP lebih senang memberikan portfolio Hal Ehwal Agama Islam kepada wakil dari PKR.
Pada pilihnaraya ke-13 yang lalu, Pas Pulau Pinang telah mencalonkan 6 orang untuk bertanding atas tiket itu di kerusi DUN, namun hanya mampu menang 1 kerusi sahaja di Permatang Pasir.
Menurut sumber tersebut, sekiranya faktor kerusi diambil kira mengapa calon untuk kerusi Menteri Besar Selangor tidak diberikan kepada Pas? Namun atas semangat ‘jemaah’, kami terpaksa akur dengan memberikan laluan kepada PKR.
Walaupun perkara ini telah dibangkitkan berulang kali oleh kepimpinan Pas negeri, namun Guan Eng nyata enggan menerima pandangan tersebut. Ia sekaligus membuktikan pasti itu tidak pernah jujur dan ikhlas ‘berkawan’ dengan Pas.
“Adakalanya kami merasakan seperti melepaskan ‘anjing’ yang tersepit, setelah dibebaskan kami sekali lagi digigit.
“Apa yang kami harapkan, semoga pimpinan Pas pusat melihat isu ini dari sudut yang lebih besar bagi mengelakkan Pas terus dipergunakan oleh mereka yang mempunyai agenda dan kepentingan tersendiri” tegasnya dengan nada marah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment