Friday, 17 May 2013

Aku Janji Memelihara Islam: Khalid Terperangkap.



Belum pernah berlaku dalam sejarah perlantikan seorang Menteri Besar, beliau diminta memegang tombak ketika membaca Aku Janji dalam upacara angkat sumpahnya.  Begitu juga memakai tanjak dan sebagainya, biasanya cukup dengan memakai songkok sahaja.

Tapi dalam kes Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim semalam, beliau diminta berbuat demikian oleh pihak Istana Selangor.  Malah Aku Janji yang dibacakan Khalid semalam juga bukan disediakan oleh kerajaan negeri, sebaliknya pihak Istana sendiri.

Upacara sebegitu difahamkan, tombak Long Buana yang dipegang Khalid semalam adalah lambang menjunjung kuasa Sultan Selangor.  Bermaksud, dengan memegang tombak itu, Khalid perlu mematuhi kesemua 10 Aku Janji yang dilafazkan beliau di depan Sultan Selangor semalam tanpa ada sebarang alasan lagi.

Bercakap tentang hal itu, bila diteliti kesemua 10 Aku Janji tersebut, memeng memberikan kebaikan kepada negeri Selangor dan rakyatnya. Terdapat 1 akujanji yang nampak agak akan memberikan tekanan kepada Menteri Besar  – Berikrar Memelihara Dan Melindungi Kesucian Serta Keagungan Islam Sebagai Agama Rasmi Dan Kepercayaan Orang Islam Daripada Diganggu Mana-Mana Pihak.

Aku Janji ini kalau betul-betul dilaksanakan Khalid, akan membantutkan perkembangan agama Kristian di Selangor – dimana Khalid telah berjanji untuk membantu pengembangannya sebelum ini.  Janji ini telah dilafazkan banyak kali oleh Khalid dalam beberapa pertemuan dengan pemimpin-pemimpin gereja di Selangor.

Sebagai balasannya, pihak gereja akan membantu mendidik ahli-ahli kariah masing-masing untuk mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang baru lepas sehingga Selangor masih kekal di tangan Pakatan Rakyat sehingga sekarang.  Caranya ialah dengan memasukkan topik ini (mengundi Pakatan Rakyat) dalam khutbah Ahad masing-masing.

Pendekatan ini (menggunakan khutbah Ahad) ternyata berkesan kerana bukti penolakan orang Cina (majoriti beragama Kristian) boleh dilihat dimana-mana sahaja.  Bahkan, ramai pemimpin utama BN kalah kerana tidak mendapat undi dari komuniti Cina.  Tidak ada medium lain dimana mesej yang sama (mengundi Pakatan Rakyat) boleh disebarkan secara meluas melainkan dengan cara ini (khutbah Ahad).

Sebab itu hasilnya seperti yang kita boleh lihat hari ini.

Yang nyata, orang Kristian telah membuktikan kesetiaan mereka kepada Pakatan Rakyat dan sampailah masanya Pakatan Rakyat membalas semula jasa tersebut dengan membuka seluas-luas jalan untuk agama tersebut berkembang di negara ini, terutamanya Selangor.

Komitmen sama telah diberikan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang berjanji untuk membuka kebebasan beragama kepada orang Islam juga.

Tapi dengan perkembangan ini, mustahil bagi Khalid membantu agama Kristian berkembang di negeri tersebut.  Mungkin Tan Sri Khalid juga tidak menyangka akan ada nya AKUJANJI dan terpaksa menerima Aku Janji itu tanpa sebarang bantahan.

Kesucian ISLAM akan tetap terpelihara di Negeri Selangor.

No comments:

Post a Comment