Sunday, 12 May 2013
Perlukah Melayu & Bumiputera Tunduk Pada Kemahuan Cina Untuk Kekalkan Perpaduan?
Apabila negara dalam rangka untuk merdeka dan aktiviti pra-kemerdekaan giat dijalankan sekitar 1955 iaitu menerusi PRU pertama, laungan tentang perpaduan kaum dihalakan kepada orang Melayu. Orang Melayu seringkali diperingatkan bahawa perpaduan kaumlah yang akan membolehkan negara ini berada dalam keadaan aman dan sejahtera. Perpaduan kaum jugalah yang dikatakan dapat memastikan negara ini dalam keadaan merdeka, sentosa dan menjadi sebuah negara yang selesa didiami atau berhabitat.
Orang Melayu yang sudah pun memberikan ruang dan dipaksa menerima kehadiran bukan Melayu sebagai warga negara ini secara PERCUMA, MUDAH dan PANTAS, seringkali diperingatkan bahawa merekalah yang menjadi kunci perpaduan di negara ini.
Dan orang Melayu dari dahulu sehinggalah sekarang, tidak sedikit pun membantah dengan apa yang disuruh kepada mereka. Mereka sentiasa akur. Mereka sentiasa berfikiran positif dan mereka juga sentiasa berfikiran terbuka dengan apa yang disogokkan kepada mereka.
Budaya Melayu sendiri adalah lebih mempercayai orang lain daripada kaum sendiri. Lebih menyanjung tinggi orang luar berbanding anggota dalam persekitaran Melayu. Sentiasa berasakan kaum lain lebih pandai, lebih rajin dan lebih kreatif berbanding Melayu itu sendiri. Malah sentiasa berasakan Melayu itu kecil, muda dan sangat rapuh.
Gambaran bahawa Melayu itu pemalas, Melayu itu lemah, Melayu itu tamak, Melayu itu gila nafsu dan serba serbi gambaran negatif tentang Melayu, diterima bulat-bulat. Dan tidak cukup dengan itu, anak cucu juga telah diajar agar sentiasa percaya bahawa Melayu itu lemah, tersangat rapuh dan terpaksa bergantung kepada orang lain, terutama sekali generasi imigran yang telah diberikan kewarganegaraan dan hak-hak yang sama dengan Melayu sekalipun mereka tidak pernah wujud ketika negara ini dalam kesukaran penjajahan semenjak tahun 1511.
Tahun 1964, orang Melayu tersentak apabila mendapat tahu, saudara mara mereka di Singapura telah dihalau sehelai sepinggang dari kampung masing-masing. Kampung-kampung Melayu telah dirampas dan dimusnahkan. Orang Melayu Singapura beramai-ramai menyeberangi Tambak dan mengambil keputusan untuk berpindah ke negara ini buat selama-lamanya. Saki-baki Melayu yang masih tinggal di Singapura, masih beranggapan, nasib mereka akan lebih baik pada masa hadapan biarpun mereka juga semakin sedar bahawa mereka telah dihimpit oleh pembaharuan yang mereka angan-angankan.
Pada ketika itu, berita-berita yang dilaporkan tidaklah menyeluruh dan tidak sepantas seperti sekarang. Lebih ramai yang tidak tahu daripada tahu memandangkan sejumlah besar Melayu pada waktu itu masih BUTA HURUF. Memiliki radio dan televisyen juga dianggap sebagai satu kemewahan yang tidak diperlukan oleh majoriti Melayu yang hidup mereka adalah beresmikan ayam, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Tahun 1969, kempen-kempen membenci Bumiputera, Melayu dan Islam telah berjalan dengan lancar oleh puak yang diketuai oleh Lim Kit Siang. Warisan Lee Kuan Yew yang melaung-laungkan Malaysia Malaysian hanya untuk memastikan orang Melayu yang menjadi warga majoriti di Malaysia tidak merampas harta kekayaan orang Cina serta kek ekonomi negara ini tidak dikongsi oleh orang Melayu yang masih selesa dengan pertanian serta hidup sukar, mula meninggalkan kesan.
Keputusan PRU3 pada 10 Mei 1969 memberikan kemenangan besar kepada DAP dan sekutu-sekutunya yang bertanding di kerusi-kerusi Bandaran. Kemenangan tersebut telah membuatkan DAP menjadi bongkak. Para pengikut mereka tidak dapat lagi menyembunyikan kebencian yang telah ditanam oleh ahli-ahli politik chauvinist sehingga mula menyerang, membunuh dan cuba menghalau Melayu dari kawasan bandar.
13 Mei 1969, tercetuslah pertempuran yang lebih hebat apabila orang Melayu mula bertindak balas. Senja 13 Mei 1969, pihak berkuasa akhirnya berjaya mengamankan keadaan selepas puak-puak DAP dan chauvinist yang melihat kesan bahaya daripada perbuatan mereka akan menyebabkan sebahagian besar daripada mereka kehilangan hak kewarganegaraan, meminta perdamaian.
Dan sekali lagi Melayu digula-gulakan dengan perpaduan kaum dan diminta bertoleransi. Mujurlah orang Melayu rata-ratanya beragama Islam, sekalipun sebahagian besarnya juga kurang mengamalkan ajaran Islam. Melayu mengalah dan kembali kepada kehendak agar menjarakkan polarisasi kaum.
Dari semasa ke semasa, Melayu yang tidak menimbulkan masalah, malah Melayu yang terbuka fikiran dan sikapnya, sentiasa diperingatkan tentang perpaduan kaum dan tolak ansur. Sedangkan di pihak bukan Melayu pula, lain pula ceritanya.
PRU13 adalah kemuncak daripada segala PRU yang pernah dilalui oleh Malaysia. Ternyata tolak ansur dan sikap berdiam diri orang Melayu, telah dipandang mudah oleh puak-puak berkenaan. Ditokok tambah pula dengan sikap sebahagian Melayu moden yang berasakan mereka sudah selamat di dalam negara sendiri dan konon-kononnya mahukan pembaharuan, menyebabkan puak-puak yang mencetuskan tragedi berdarah 13 Mei 1969, kembali berkokok.
Sekali lagi kedengaran tentang PERPADUAN KAUM. Dan sekali lagi juga Melayu serta Bumiputera diperingatkan tentang PERPADUAN KAUM.
Persoalannya, mengapa hanya Melayu yang tergila-gilakan perpaduan kaum? Sedangkan di pihak lain, langsung tidak
mengambil kira sensitiviti Melayu dan perpaduan kaum. Bahkan mereka seperti kaum gasar yang bercita-cita untuk menakluk dan menjadikan Melayu serta Bumiputera di negara ini sebagai hamba sahaya terutama apabila dibantu oleh segolongan Melayu yang berhati yahudi.
Mengapa hanya Melayu? Tidak cukupkah dengan pengorbanan yang telah dibuat oleh Melayu selama ini? Tidak cukupkah dengan penerimaan Melayu terhadap kaum imigran di negara ini sehingga akhirnya mereka yang kelihatan menjadi tuan dan menguasai segala-galanya?
Sampai bila Melayu akan terus diperlembukan dengan PERPADUAN KAUM?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment