Wednesday, 1 May 2013
Perjalanan Pakatan Rakyat Ke PutraJaya Masih Jauh
Mungkin di kalangan sesetengah penyokong pembangkang, mereka agak teruja mendengar dan membaca pelbagai propaganda murahan PR yang mendabik dada bakal menang selesa dalam PRU-13 seterusnya menjadi Kerajaan Pusat pada keesokan harinya.
Hakikatnya, kebenaran memang amat pahit untuk ditelan apabila hasil tinjauan rambang berpendapat yang dilakukan sendiri oleh jentera PR menunjukkan gabungan yang tidak berdaftar itu bakal tewas selain menyebabkan 11 orang pemimpin utamanya akan kalah di kawasan yang ditandingi.
Info ini didedahkan sendiri oleh sebuah blog pro PR, yang telah menyenaraikan semua 11 kerusi yang ditandingi berisiko besar untuk kalah termasuklah 7 daripadanya merupakan kawasan yang dimenangi PR pada PRU 12 2008. Sumber asal maklumat ini datangnya dari pusat operasi Pakatan Rakyat.
11 kawasan yang dimaksudkan itu ialah Parlimen Putrajaya, Pulai, Pokok Sena, Shah Alam dan Pendang yang ditandingi pemimpin utama PAS, manakala bakinya ialah kawasan Parlimen ditandingi pemimpin utama PKR iaitu Kuantan, Lembah Pantai, Ampang, Padang Serai dan Bukit Katil. Satu lagi ialah Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang (DAP).
Manakala kawasan Parlimen ini Sungai Petani, Kulim, Bagan Serai, Bukit Gantang, Sungai Siput, Indera Mahkota, Gombak, Kuala Selangor, Pandan, Subang, Bandar Tun Razak, Telok Kemang, Segamat, Bakri, Tuaran dan Beaufort juga dikatakan pakatan rakyat akan kalah.
Maklumat yang didedahkan ini bagaimana pun tidaklah begitu mengejutkan kerana sebahagian besarnya memang diketahui umum sukar untuk dimenangi oleh PR apatah lagi di saat mood dan trend sokongan rakyat ketika ini yang cenderung bersama BN.
Di mana-mana saja majlis atau program PR diadakan, kemeriahan sebenar sukar dirasai memandangkan rata-rata hadirin bukannya orang tempatan sebaliknya merupakan penyokong kerahan yang diangkut dari satu tempat ke satu tempat semata-mata untuk menunjukkan PR masih berpengaruh. Ada diantara mereka yang menghadiri ceramah hanya untuk mendengar dan melihat apa yang cuba dibawa dan diketengahkan oleh pakatan rakyat.
Pendedahan ini boleh dianggap satu pengisytiharan mengaku kalah. Itu secara umumnya untuk tidak melemahkan semangat penyokong penyokong yang masih beranggapan impian memiliki PUTRAJAYA menjadi kenyataan.
Apa pun, ini bukan bermaksud BN sudah boleh menariak nafas lega, selesa dan goyang kaki kerana masih banyak yang perlu dilakukan samada untuk mengekalkan momentum sekarang atau pun bagi meningkatkan lagi sokongan rakyat kepada BN sementara menantikan tiupan wisel penamat PRU-13 yang masih berbaki beberapa hari lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment