Wednesday, 8 May 2013
Suara Keramat Rakyat Yang Di Sangkal Calon Perdana Menteri.
Seperti biasa Pakatan Rakyat akan menwar-warkan kepada dunia bahawasanya perhimpunan di Kelana Jaya yang dihadiri oleh 90 Ribu orang untuk mendengar ceramah Anwar mendapat sambutan.
Di dalam keadaan cuaca yang kurang baik, penyokong fanatik Pakatan Rakyat ini sanggup meredah hujan semata-mata mendengar retorik Anwar yang kecewa dengan keputusan PRU13 yang mengagalkan usaha Anwar untuk merampas kerusi jawatan Perdana Menteri Malaysia.
Saban hari pemimpin Pakatan Rakyat menyalak di serata tempat dengan menyatakan bahawa Malaysia memerlukan perubahan dan perubahan itu akan menjadi kenyataan bila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan yang BARU bagi menggantikan Kerajaan Barisan Nasional yang telah lama memerintah dan mengurus tadbir negara Malaysia.
Di masa Pakatan Rakyat galak menuntut perubahan sebesar itu, pemimpin Pakatan Rakyat sendiri terlupa bahawa mereka sendiri yang telah menjilat balik ludah yang dibuang sejak tahun 2008. Pakatan Rakyat menuntut perubahan dengan mengadakan beberapa siri demonstrasi dengan berbagai slogan di antaranya BERSIH 1,2,3, Kebangkitan Rakyat dan sebagainya hanya kerana mahukan PilihanRaya yang bersih.
SPR telah memberikan ruang yang luas kepada Pakatan Rakyat dengan menerima beberapa cadangan perubahan yang mereka kemukakan untuk menambahbaikkan sistem pilihanraya Malaysia. Di antara cadangan yang di terima pakai ialah penggunaan dakwat kekal dan juga tempoh berkempen dipanjangkan.
PRU13 telah mencatatkan BN terus diberi mandat oleh rakyat dengan memenangi 133 kerusi parlimen dan merampas kembali Kedah. Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang masih memihak kepada mereka.Namun Pakatan Rakyat masih tidak dapat menerima hakikat dan lantas menuduh BN menggunakan pengundi hantu dan mendakwa SPR bersubahat dengan BN untuk menggagalkan usaha Pakatan Rakyat menakluki Putrajaya.
Bila mana sesuatu keputusan itu memihak kepada Pakatan Rakyat mereka dengan bangganya menerima tanpa sebarang alasan tetapi bila sebaliknya keluar segala tohmahan.
Di sini kita dapat menilai, siapa yang sebenarnya tidak dapat menerima keputusan perubahan dan menghormati pilihan rakyat?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment