Thursday, 25 April 2013

Persediaan Pakatan Rakyat Di Ambang Kekalahan.


Adakah ini bagaikan petanda-petanda awal yang mereka (Pakatan Haram) mencari alasan untuk mencetus huru-hara semasa hari pembuangan dan pengiraan undi 5 Mei 2013 akan datang. Amaran ini pernah di suarakan oleh Anwar Ibrahim pada perhimpunan KL112 yang lalu.

Sedangkan SPR dan kakitangan serta wakil parti yang bertanding sentiasa berada di tempat pembuangan dan pengiraan undi pada ketika itu nanti, bagaimana puak-puak ini boleh menuduh SPR dan BN akan melakukan penipuan ke atas keputusan PRU13?

Bila kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat mereka akan bersorak kegembiraan tetapi bila keputusan sebaliknya mereka akan mencetuskan satu situasi yang membahayakan kepada rakyat dan negara. Mungkin ada kebenaran apa yang sering digembar gemburkan oleh beberapa pihak yang ada parti pembangkang dikuasai oleh kumpulan gangster atau kongsi gelap. Kesahihan berita ini tidak dapat ditentukan.

Sejak bermulanya Parlimen dibubarkan, banyak kejadian yang telah berlaku. Terbaru, kejadian bom meletup di tapak ceramah BN, Penang. IPenurunan dan pembakaran bendera parti lawan sering berlaku. Insiden sebegini tidak pernah berlaku sepanjang pilihanraya yang lalu. Keadaan sebegini boleh mencetuskan kebimbangan dan ketegangan kepada rakyat setempatdan keseluruhan amnya.

Mengapa perlu menimbulkan suasana panik kepada rakyat sedang kita sering kedengaran laungan kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat. Budaya samseng ini semakin menular dan perlu dihentikan agar kita rakyat Malaysia sentiasa berada di dalam keadaan yang aman dan bersatu padu walaupun terdapat percanggahan fahaman dan pendapat.

Marilah kita tunjukan kepada dunia luar yang kita merupakan negara yang terbaik di dunia walaupun terdapat berbagai bangsa dan agama.

No comments:

Post a Comment