Thursday, 18 April 2013

Keresahan Para Pengundi Sabah Mengenai Calon BARISAN NASONAL Pada PRU13.




25 Kawasan Parlimen. 
20 muka lama, 2 pertukaran dari dun ke parlimen, 3 muka baru.

60 Dewan Undangan Negeri.
45 muka lama, 1 pertukaran dari parlimen ke dun, 2 penampilan semula, 12 muka baru.

Sudah kedengaran rungutan dari para pengundi di SABAH mengenai calon calon yang telah terlalu lama berkhidmat masih dicalonkan semula. Mereka berpendapat dan mahukan pembaharuan bukan hanya dari segi pendekatan dan perlaksanaan tetapi juga pemimpin.Mereka mahukan lebih ramai pemimpin yang lebih  muda diberikan tempat untuk memberikan sumbangan kepada negeri dan negara . Golongan muda ini mampu menggalaskan tugas dengan lebih cemerlang untuk merealisasikan hasrat PERDANA MENTERI.

Berkemungkinan BARISAN NASIONAL akan mengalami LALUAN sukar untuk menyakinkan mereka terhadap barisan calon calon yang diketengahkan kali ini. Jesteru itu jentera kompenen BARISAN NASIONAL SABAH perlu menggandakan usaha untuk memenangi hati pengundi di negeri ini. Masih belum terlambat untuk memberikan keyakinan pengundi untuk terus memberikan sokongan kepada BARISAN NASIONAL

SEKIRANYA ISU CALON INI TIDAK DITANGANI DENGAN BAIK BERKEMUNGKINAN BARISAN NASIONAL SABAH GAGAL MENCAPAI SASARAN YANG DIPERLUKAN.

Di antara rungutan pengundi :-

a ) Generasi 'Y' harus diberikan peluang dan ruang kerana sudah pasti saatnya akan tiba untuk menggantikan generasi 'X'. Tapi kekadang ruang dan peluang yang diberikan tidak cukup untuk menampung gelora serta semangat perjuangan generasi 'Y'. Bukanlah kita bermaksud untuk MERAMPAS secara DRASTIK tetapi peralihan tersebut haruslah dibuat secara bersistem dan memenuhi kehendak ARUS PERDANA. Kalau di negeri-negeri lain boleh ditranformasikan, mengapa negeri SABAH takut untuk memberikan ruang dan peluang yang lebih kepada 'orang muda'?

b ) Terus terang sy katakn d sini sy ada 236 orang ahli keluarga yg mengundi d Daerah ini termasuklah anak2 peranakan,tinggal sy petik  saja mana satu tu kertas kami pangkah percaya atau tidak kita tengoklah nnti.

c ) Kami berdoa agar keputusan dari PM dapat diterima dari kepimpinan BN negeri. Kalau tidak diakuri oleh BN negeri maka ada udang disebalik mee lah tu..Ni yang tidak best ni.

d ) Sya fikir mekanisme pemilihan calon BN di Sabah harus dikaji semula. Sesetengah calon MUKA LAMA telah 'anti climax' dan tidak memenuhi ekspektasi generasi muda khususnya. Jangan sampai Sabah menjadi negeri yang bukan lagi 'FIX DEPOSIT'......

e ) sekarang ni zaman teknologi...generasi muda lebih faham pemimpin mana yg penuhi hasrat mereka...

f ) bosan sdh muka yg saaaaaaaaama sja... tukar kwsan mengundi la ni.

g ) Kenapa sudah dgn pemimpin atasan betul2 benda ni buatkan kita jadi hilang kepercayaan sbb nmpk betul kepentingan individu lebih       penting.....betul2 amat mengecewak



Berikut senarai calon-calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).PARLIMEN:
P167 Kudat- Datuk Abdul Rahim Bakri (penyandang)
P168 Kota Marudu - Datuk Dr. Maximus Ongkili (penyandang)
P169 Kota Belud - Datuk Abd. Rahman Dahlan (penyandang)
P170 Tuaran - Madius Tangau (penampilan semula)
P171 Sepanggar - Datuk Jumat Idris (baharu)
P172 Kota Kinabalu - Chin Tek Ming  (baharu)
P173 Putatan - Dr. Marcus Mojigoh (penyandang)
P174 Penampang - Tan Sri Bernard Giluk Dompok (penyandang)
P175 Papar - Rosnah Abdul Rashid Shirlin (penyandang)
P176 Kimanis - Datuk Anifah Aman (penyandang)
P177 Beaufort - Datuk Azizah Mohd. Dun (pertukaran kawasan)
P179 Ranau - Ewon Ebin (pertukaran kawasan)
P178 Sipiting - Datuk Sapawi Amat Wassali@Ahmad (penyandang)
P180 Keningau - Datuk Joseph Pairin Kitingan (penyandang)
P181 Tenom -  Datuk Raime Unggi ( penyandang )
P182 Pensiangan -  Tan Sri Joseph Kurup (penyandang)
P183 Beluran - Datuk Ronald Kiandee (penyandang)
P184 Libaran - Datuk Juslie Ajirol (penyandang)
P185 Batu Sapi - Linda Tsen Thau Lin (penyandang)
P186 Sandakan - Datuk Liew Vui Kiong ( penyandang)
P187 Kinabatangan - Datuk Bung Moktar Radin (penyandang)
P188 Silam - Datuk Datu Nasrun Datu Mansor (pertukaran kawasan)
P189 Semporna - Datuk Mohd. Shafie Apdal (penyandang)
P190 Tawau - Datuk Mary Yap Kain Ching (baharu)
P191 Kalabakan - Datuk Abdul Ghapur Salleh (penyandang)


DEWAN UNDANGAN NEGERI:
N1 Banggi - Abdul Mijul Unaini (penyandang)
N2 Tanjong Kapor - Datuk Teo Chee Kang (penyandang)
N3 Pitas - Bolkiah Ismail (penyandang)
N4 Matunggong - Sarapin Magana (penyandang)
N5 Tandek - Lasiah Baranting@Anita (penyandang)
N6 Tempasuk - Musbah Jamli (penyandang)
N7 Kadamaian - Herbert Timbon Lagadan (penyandang)
N8 Usukan - Datuk Seri Salleh Said (penampilan semula)
N9 Tamparuli - Datuk Jahid@Noordin Jahim (penyandang)
N10 Sulaman - Datuk Hajiji Noor (penyandang)
N11 Kiulu - datuk joniston bangkuai ( baharu )
N12 Karambunai - Jainab Ahmad (penyandang)
N13 Inanam - Goh Chin Lok@Johny Goh (penyandang)
N14 Likas - Chin Shu Ying (baharu)
N15 Api-api - Datuk Dr. Yee Moh Chai (penyandang)
N16 Luyang - Agnes Sim (baharu)
N17 Tanjong Aru - Edward Yong Oui Fah (penyandang)
N18 Petagas - Datuk Yahya Hussin (penyandang)
N19 Kapayan - Datuk Edward Khoo Keok Hai (penyandang)
N20 Moyog - Philip Benedict Lasimbang (penampilan semula)
N21 Kawang - Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar (penyandang
N22 Pantai Manis - Datuk Abdul Rahim Ismail (penyandang)
N23 Bongawan - Mohamad Alamin (baharu)
N24 Membakut - Mohd. Arifin Mohd. Arif (penyandang)
N25 Klias - Isnin Aliasnih (baharu)
N26 Kuala Penyu - Limus Jury (baharu)
N27 Lumadan - Kamarlin Ombi (penyandang)
N28 Sindumin - Ahmad Bujang (penyandang)
N29 Kundasang - Dr. Joachim Gunsalam (penyandang)
N30 Karanaan - Datuk Masidi Manjun (penyandang)
N31 Paginatan - Siringan Gubat (pertukaran kawasan)
N32 Tambunan - Datuk Joseph Pairin Kitingan (penyandang)
N33 Bingkor - Kennedy Jie John@Kenn (baharu)
N34 Liawan - Datuk Sairin Karno (penyandang)
N35 Melalap - Datuk Radin Malleh (penyandang)
N36 Kemabong - Datuk Rubin Balang (penyandang)
N37 Sook -  Datuk Ellron Alfred Angin. (penyandang)
N38 Nabawan - Datuk Bobbey Ah Fang Suan (penyandang)
N39 Sugut - Datuk James Ratib (baharu)
N40 Labuk - Datuk Micheal Asang (penyandang)
N41 Gum-gum - Datuk Zakaria Mohd. Edris (penyandang)
N42 Sungai SIbuga - Datuk Seri Musa Aman (penyandang)
N43 Sekong - Datuk Shamsuddin Yahya (penyandang)
N44 Karamunting -  Charles Pang Su Pin  (baharu)
N45 Elopura - Au Kam Wah (penyandang)
N46 Tanjong Papat - Datuk Raymond Tan Shu Kiah (penyandang)
N47 Kuamut - Masiung Banah (penyandang)
N48 Sukau - Saddi Abdul Rahman (penyandang)
N49 Tungku - Datuk Mohd. Suhaili Said (penyandang)
N50 Lahad Datu - Datuk Mohd. Yusof Apdal (baharu)
N51 Kunak - Nilwan Kaban (penyandang)
N52 Sulabayan - Datuk Jaujan Sambakong (baharu)
N53 Senallang - Datuk Nasir Tun Sakaran (penyandang)
N54 Bugaya - Datuk Ramlee Marahaban (penyandang)
N55 Balung - Datuk Syed Abas Syed Ali (penyandang)
N56 Apas - Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (penyandang)
N57 Sri Tanjong - Fung Len Fui (baharu)
N58 Merotai - Pang Yuk Ming ( penyandang )
N59 Tanjung Batu - Datuk Hamisah Samat (penyandang)
N60 Sebatik - Abd Muis Picho (penyandang)

No comments:

Post a Comment