Thursday, 25 April 2013
Jangan Libatkan Kanak Kanak Dengan Politik.
Menggunakan kanak kanak untuk berpolitik adalah salah disisi undang undang. Mengapa orang melayu kita sering dan gemar mengingkari undang undang yang sedia ada hanya untuk menjayakan kepentingan peribadi.
Kita boleh melihat dimana ibubapa membawa anak anak mereka untuk menyertai perhimpuan yang disertai. Ini bukan sahaja membahayakan keselamatan mereka malah sudah melanggari akta kanak kanak sedunia. Ibubapa boleh diambil tindakan undang undang bila berbuat demikian. Sekiranya ini berlaku satu permasalahan baru akan timbul dalam keluarga kelak.
Golongan ini masih muda mereka sepatutnya didedahkan kepada satu persekitaran yang lebih baik. Mereka sepatutnya dididik untuk mempunyai sikap toleransi, semangat setiakawan, kerjasama dan memahami antara satu sama lain. Jangan didedahkan mereka dengan unsur unsur negatif seperti membenci, bermusuhan dan menentang. Situasi ini boleh di dapati berlaku di sekolah pondok dan juga sekolah agama diseluruh negara. Ketaksuban pengetua dan tenaga pengajar yang condong menyokong parti mereka menyebabkan situasi ini berlaku.
Mengapa perlu dirosakan pemikiran mereka. Tindakan sebegini tidak baik untuk masa depan negara. Kita hidup di dalam satu masyarakat yang majmuk yang merangkumi berbilang bangsa dan keturunan. Kita mengamalkan perpaduan,toleransi dan kebebasan beragama untuk kaum lain. Sekiranya situasi sebegini berlanjutan dikhuatiri akan menimbulkan ketegangan antara kaum dan agama....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment