Monday, 17 June 2013

Blogger 'Hantu' Wajib Dedah Identiti Sebenar


Pemilik blog dan portal yang menyebarkan maklumat tidak sahih dan fitnah akan dikenakan tindakan tegas selepas kerajaan mewajibkan mereka meletakkan maklumat identiti sebenar tidak lama lagi, kata Datuk Seri Najib Razak.

Peraturan ‘ketetapan-sendiri’ itu bertujuan memastikan pengamal media sosial lebih bertanggungjawab terhadap maklumat disampaikan, sekali gus mengelak perpaduan masyarakat pelbagai agama dan bangsa dirosakkan oleh maklumat palsu.

Tidak akan ada lagi penulis ‘tidak bernama’ dalam blog atau portal seperti sekarang bagi memastikan mereka lebih bertanggungjawab terhadap tulisan masing-masing. - BH

Sekali lagi Najib membuat keputusan yang bakal memakan dirinya lagi.. Inilah sebabnya kenapa kita tidak boleh terus memilih seorang pemimpin yang suka membuat keputusan berdasarkan 'sikap populis' yang sangat-sangat menebal di dalam dirinya.

Jika benar Najib mahukan blogger menggunakan identiti yang sebenar, apa kata perlaksanaan ini dimulakan dengan blogger-blogger pro kerajaan khususnya blogger UMNO itu sendiri. Bagaimana? Berani? 

No comments:

Post a Comment