Tuesday, 4 June 2013

Berhenti Menyalak Tentang Integriti & Ketelusan - Cina/DAP.


DAP sering melaung-laungkan ‘ketelusan’ dalam politik.  Namun, kita semakin sangsi bahawa DAP benar-benar memahami apa itu ‘ketelusan’. Sama ada DAP tidak faham maksud perkataan itu, atau DAP pastinya sebuah parti yang benar-benar hipokrit lagi pengecut kerana menghalang sesiapa sahaja dari mendedahkan kebenaran di dalam DAP.  

Buktinya, sebelum ini, Karpal Singh mengugut Tunku Aziz agar jangan mendedahkan agenda sebenar DAP, dan semalam sekali lagi Karpal mengancam ROS agar jangan mendedahkan hasil siasatan pemilihan CEC kepada rakyat. Ugutan dan ancaman Karpal itu seolah-olah memberitahu rakyat bahawa, ‘saya ada pekung di dada, tapi Tunku Aziz dan ROS tidak patut bagitau orang yang saya ada pekung.’

Secara tidak langsung, Karpal telah mengesahkan persepsi rakyat bahawa DAP sememangnya tidak telus.

Dari satu sudut, kita tidak hairan dengan tindakan Karpal kerana kemungkinan besar DAP tidak kisah menunjukkan sikap tidak telus mereka kerana mereka tahu bahawa penyokong mereka iaitu 97% kaum Cina di negara ini sebenarnya tidak kisah pun jika parti itu tidak telus, korup, penipu atau apa saja.  Ini kerana yang penting bagi mereka adalah parti pemerintah haruslah dipimpin dan didominasi kaum Cina, itu saja.

Jika ini benar, maka ada sesuatu yang jelas tidak kena dengan pendidikan kaum Cina di negara ini.  Kita amat hairan bagaimana mereka begitu tidak malu melaungkan ketelusan dan integriti tetapi di masa yang sama menyokong parti yang jelas tidak telus dan tidak berintegriti.

Mungkinkah hipokrasi atau kecelaruan ini berpunca dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina?  Apakah yang diajar di sekolah tersebut?  Tidakkah mereka dididik dengan nilai-nilai murni, bercakap benar, hormat-menghormati dan bertoleransi? Atau apakah benar seperti yang dikatakan mula-mula tadi iaitu mereka sebenarnya tidak faham bahasa dan tidak tahu apa itu ‘ketelusan’ mahupun ‘integriti’? Mungkinkah ia membawa makna berbeza di dalam bahasa Mandarin?

Atau mungkinkah mereka diajar bahawa segala nilai-nilai murni hanya tertakluk kepada kaum lain saja sementara kaum Cina bebas melakukan apa saja?

Bukan kita ingin memperlekeh atau menghina kaum Cina, tetapi inilah persepsi yang lahir dari kenyataan Karpal Singh dalam kapasitinya sebagai wakil parti yang didokongi oleh 97% kaum itu.  Sewajarnya kaum Cina atau DAP berhenti menyalak tentang integriti dan ketelusan kerana ia semakin berbunyi seperti sedang menyalak terhadap diri sendiri. Sedangkan, anjing gila pun tidak menyalak kepada diri sendiri.  

No comments:

Post a Comment