Perdana Menteri sekali lagi dimalukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Tan Sri Bashir Ahmad.
Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif Kumpulan UEM Group Bhd
Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif Bina Puri Holdings Bhd
Adalah mustahil mereka tidak mengetahui sejauh mana "construction stage" projek tersebut.sehingga menyakinkan Perdana Menteri untuk membuat kenyataan dan mengumumkan kepada rakyat.
Perdana Menteri selaku menteri kewangan perlu mengambil tindakan drastik untuk memecat pengarah urusan MAHB yang gagal menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.
Kementerian Kewangan perlu bertegas dengan denda yang dikenakan kepada kontraktor utama dengan tiada pengecualian harus diberikan.
Berita 6 bulan yang lalu.....
SEPANG - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa lapangan terbang penerbangan kos rendah yang baharu, KLIA2, akan dilancarkan pada 28 Jun ini, bersamaan dengan tarikh pelancaran Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 1998.
Perdana Menteri berkata lapangan terbang itu dijadual siap pada Mei tahun ini, tetapi operasi tidak akan tergesa-gesa kerana terdapat beberapa isu untuk diselesaikan sebelum pembukaannya.
"Kita perlu menyelesaikan beberapa masalah dengan terminal baru dan apabila ia sedia, maka KLIA2 akan beroperasi sepenuhnya.
"Sebagai sasaran, saya memutuskan ia perlu sama dengan tarikh pembukaan KLIA. Mudah-mudahan, saya akan berpeluang untuk membuka KLIA2 pada 28 Jun," kata beliau.
Najib berkata demikian pada pada majlis pelancaran pesawat dengan seragam khas 1Malaysia AirAsia yang direka khas untuk memperingati permulaan Program Integrasi 1Malaysia dengan AirAsia di LCCT (Terminal Penerbangan Kos Rendah) di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Tan Sri Bashir Ahmad.
Bashir berkata MAHB mengalu-alukan keputusan Perdana Menteri untuk tidak tergesa-gesa membuka KLIA2 dan bersamaan dengan tarikh perasmian KLIA.
Beliau berkata semua isu berkaitan dengan lapangan terbang baharu itu dijangka diselesaikan sebelum tarikh pembukaan untuk mengelakkan walaupun sebarang masalah kecil semasa operasi.
"Kita tidak mahu tergesa-gesa. Saya fikir Perdana Menteri mempunyai pemikiran yang sama. Kita telah melihat banyak lapangan terbang di seluruh dunia gagal kerana mereka tergesa-gesa beroperasi.
"Adalah sesuatu yang menarik juga jika tarikhnya sama (KLIA & KLIA2), kerana ia akan menjadi sambutan berganda bagi kami di MAHB," kata Bashir.
KLIA2 yang dibina pada RM3.6 bilion adalah untuk menampung pertumbuhan pesat yang dijangka dalam perjalanan kos rendah, meliputi kawasan lebih 257,000 meter persegi dan dijangka mengendalikan maksimum 45 juta penumpang setahun.
Lapangan terbang itu akan mempunyai 60 pintu, 80 jambatan udara serta ruang perniagaan meliputi 32,000 meter persegi untuk 225 kedai runcit .