Tuesday, 25 February 2014

MALAYSIA UNTUK SEMUA RAKYATNYA


MELAYU WAJIB BERSATU.
Melayu yang sayangkan bangsa, agama dan negara perlu sanggup berkorban dalam melupakan segala polemik yang sedang berlaku sekarang. Perbezaan dalam politik dan idealogi dibolehkan tetapi jangan maruah bangsa dan agama dipertaruhkan.
Penyatuan melayu harus dipercepatkan. Melalui penyatuan ini kita mampu pergi lebih jauh lagi dan dapat mempertabatkan syiar islam kepada kedudukan yang lebih tinggi dan mulia melalui kuasa yang masih ada ditangan. Kita mampu menentang segala ancaman dengan penuh keyakinan Tiada satu kuasa yang mampu menggugat kekuatan itu melain ALLAH yang berkuasa atas segala apa yang akan berlaku.

MALAYSIAN KENA BERSATU.
Tanpa penyatuan daripada semua kaum lain negara tidak akan mengecapi segala kemajuan, kejayaan dan kemakmuran yang ada sekarang. Memang benar agak sukar untuk memuaskan hati semua pihak. Persefahaman itu penting dan amat diperlukan
Hilangkan segala prasangka buruk diantara satu sama lain dan buktikan kepada dunia kita mampu hidup dan bekerjasama dalam segala bidang tanpa mengambil kira perbezaan kaum. Banyak bukti boleh dipelajari bahawa permusuhan kaum tidak akan dapat menstabilkan sebuah negara malah pergolakan akan sering berlaku. Semua pihak akan berterusan cuba menegakkan kebenaran mereka.
Keutamaan kita sekarang untuk memupuk semangat perpaduan, toleransi dan saling hormat menghormati diantara satu dengan lain.
Hentikan pertikaian mengenai hak. Semua akan mendapat keutamaan dan tidak akan disisihkan.
Perpaduan mampu mengakhiri segala kemelut ini. Kita memerlukan sokongan dan kerjasama semua kaum untuk terus maju dan berjaya.

MALAYSIA UNTUK SEMUA RAKYATNYA.

No comments:

Post a Comment