Thursday, 27 February 2014

Bila Bahan Buangan Menjadi Taruhan.



Satu situasi yang sedang berlaku dan sungguh memalukan bagi negara yang bakal menjadi negara maju pada tahun 2020. Adakah sikap begini masih dan perlu dikekalkan dan dibiarkan berlaku?

Melalui gambar ini kita boleh melihat :

1 ) sikap terpuji pekerja yang setia dan patuh menuruti kehendak majikan.
2 ) sikap tamak majikan yang tidak memikirkan keselamatan pekerja.
3 ) sikap lepas tangan PBT yang tidak mengawasi cara pelaksana kontrak.
4 ) sikap lemah dalam penguatkuasaan undang undang dari pihak berkuasa.

Ini bukanlah satu pemandangan baru tetapi sudah menjadi satu budaya atau keadah yang dilakukan oleh para kontraktor untuk memastikan dapat menyelesaikan tugas pemungutan sampah yang diberikan oleh PBT.

ADAKAH NEGARA INI TIDAK MEMPUNYAI UNDANG UNDANG SEHINGGA AKTIVITI SEPERTI INI BEBAS DILAKUKAN TANPA ADA RASA TAKUT?.

SIAPA YANG PERLU DIPERSALAHKAN DISINI?
KERAJAAN, PBT, POLIS, SPAD,JPJ ATAU KONTRAKTOR.

ADAKAH RAKYAT PRIHATIN PERLU MEMBUAT LAPORAN BARU TINDAKAN AKAN DIAMBIL UNTUK MENGATASINYA?
APA GUNA DIGUBAL UNDANG UNDANG DI PARLIMEN KALAU TIDAK DILAKSANAKAN.

KEPINCANGAN INI SEMUANYA BERMULA DARI YANG DIATAS. BERUBAHLAH.

No comments:

Post a Comment