Thursday, 20 June 2013

KLIA2 dibuka 28 Jun, kata Najib


Perdana Menteri sekali lagi dimalukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Tan Sri Bashir Ahmad.
Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif Kumpulan UEM Group Bhd
Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif Bina Puri Holdings Bhd

Adalah mustahil mereka tidak mengetahui  sejauh mana "construction stage" projek tersebut.sehingga menyakinkan Perdana Menteri untuk membuat kenyataan dan mengumumkan kepada rakyat.
Perdana Menteri selaku menteri kewangan perlu mengambil tindakan drastik untuk memecat pengarah urusan MAHB yang gagal menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.
Kementerian Kewangan perlu bertegas dengan denda yang dikenakan kepada kontraktor utama  dengan tiada pengecualian harus diberikan.

Berita 6 bulan yang lalu.....

SEPANG - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa lapangan terbang penerbangan kos rendah yang baharu, KLIA2, akan dilancarkan pada 28 Jun ini, bersamaan dengan tarikh pelancaran Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 1998.

Perdana Menteri berkata lapangan terbang itu dijadual siap pada Mei tahun ini, tetapi operasi tidak akan tergesa-gesa kerana terdapat beberapa isu untuk diselesaikan sebelum pembukaannya.

"Kita perlu menyelesaikan beberapa masalah dengan terminal baru dan apabila ia sedia, maka KLIA2 akan beroperasi sepenuhnya.

"Sebagai sasaran, saya memutuskan ia perlu sama dengan tarikh pembukaan KLIA. Mudah-mudahan, saya akan berpeluang untuk membuka KLIA2 pada 28 Jun," kata beliau.

Najib berkata demikian pada pada majlis pelancaran pesawat dengan seragam khas 1Malaysia AirAsia yang direka khas untuk memperingati permulaan Program Integrasi 1Malaysia dengan AirAsia di LCCT (Terminal Penerbangan Kos Rendah) di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Tan Sri Bashir Ahmad.

Bashir berkata MAHB mengalu-alukan keputusan Perdana Menteri untuk tidak tergesa-gesa membuka KLIA2 dan bersamaan dengan tarikh perasmian KLIA.

Beliau berkata semua isu berkaitan dengan lapangan terbang baharu itu dijangka diselesaikan sebelum tarikh pembukaan untuk mengelakkan walaupun sebarang masalah kecil semasa operasi.

"Kita tidak mahu tergesa-gesa. Saya fikir Perdana Menteri mempunyai pemikiran yang sama. Kita telah melihat banyak lapangan terbang di seluruh dunia gagal kerana mereka tergesa-gesa beroperasi.

"Adalah sesuatu yang menarik juga jika tarikhnya sama (KLIA & KLIA2), kerana ia akan menjadi sambutan berganda bagi kami di MAHB," kata Bashir.

KLIA2 yang dibina pada RM3.6 bilion adalah untuk menampung pertumbuhan pesat  yang dijangka dalam perjalanan kos rendah, meliputi kawasan lebih 257,000 meter persegi dan dijangka mengendalikan maksimum 45 juta penumpang setahun.

Lapangan terbang itu akan mempunyai 60 pintu, 80 jambatan udara serta ruang perniagaan meliputi 32,000 meter persegi untuk 225 kedai runcit .

Tuesday, 18 June 2013

Kerajaan Negeri Selangor Membela Dan Menyokong LGBT


Exco Kerajaan Tempatan bagi Kerajaan Pakatan Haram Selangor, Teng Chang Khim begitu bangga memberitahu bahawa dia mempunyai “tonik mujarab” bagi membendung kegiatan maksiat yang berleluasa di negeri jajahan rejim pembangkang itu.

Katanya, dia punya idea bagi mengatasi masalah maksiat di negeri pimpinan Khalid Ibrahim itu ekoran pertumbuhan rumah-rumah urut di seluruh Selangor dan bercambah hingga berjumlah beribu-ribu “lemon”!

Dengan serius dan bangga dia berkata, dia akan mengesyorkan pada Kerajaan Negeri Selangor untuk mengetatkan undang-undang rumah urut di negeri itu di mana tukang urut lelaki hanya dibenarkan mengurut pelanggan lelaki dan begitu juga sebaliknya.

“Saya ada idea ini… untuk adakan rumah urut (sama jantina) sahaja. (Jika) kamu mohon pusat urut untuk lelaki, seluruh kawasan itu akan dizonkan sebagai zon lelaki…Tiada wanita dibenarkan, walaupun tukang cuci,” – Exco Kerajaan Pakatan Haram Selangor, Teng Chang Khim, 17 Jun 2013.

Saya ketawa besar mendengar “idea bernas” dari Chang Khim ini. Boleh pula dia buat lawak tentang perkara begini? Lelaki urut lelaki, perempuan urut perempuan. Peraturan ini dilaksanakan untuk selamatkan perniagaan DAP yang paling menguntungkan di Selangor, kah?

Ketika membayangkan saranan Chang Khim itu, saya terbayang muka Anwar Ibrahim yang menyeringai tersengih-sengih mendengar “idea” tersebut. Rasanya, “idea” tersebut mampu membuat air liur Anwar meleleh..!

Saya tidak pasti sama ada Chang Khim itu mengikuti perkembangan semasa atau tidak. Tapi untuk pengetahuan Exco itu, undang-undang “bernas” darinya itu akan membuat golongan LGBT yang ada di Selangor melompat kegirangan.

Mungkin selepas ini golongan laknatullah itu akan berpindah dan bertumpu di Selangor dan menjadikannya sebagai “sarang” kegiatan tidak bermoral mereka. Bayangkan lelaki gay diurut lelaki dengan minyak urut atau lebih tepat lagi, KY Jelly…apa akan jadi seterusnya?

Chang Khim perlu tahu bahawa Exco terdahulu, Ronnie Liu bersusah payah menarik pelabur-pelabur maksiat itu untuk bertapak di Selangor. Jenuh dia membela mereka siang dan malam dari serbuan Hasan Ali dan JAIS. Tiba-tiba Chang Khim nak “potong jalan”?

Rasanya Chang Khim perlu ambil iktibar atas apa yang berlaku terhadap mendiang Teoh Beng Hock. Chang Khim suka peristiwa itu berulang? Berapa batang lilin yang Chang Khim mahu dinyalakan untuknya?

Exco Kerajaan Tempata Selangor itu perlu tahu bahawa apa saja cara yang dia lakukan, ia tidak akan mengurangkan jumlah premis rumah urut haram yang tumbuh di Selangor. Mengatur rumah urut mengikut jantina tidak akan menjadikan sebuah premis haram kepada premis berlesen, bukan?

Patutnya, Chang Khim akur dengan undang-undang tabii manusia bahawa apa jua jenis maksiat boleh berlaku sewenang-wenangnya di rumah-rumah urut berkenaan. Sama ada maksiat secara “straight” atau LGBT, ia sama sekali salah dari sudut agama mahupun moral manusia normal.

Chang Khim juga perlu tahu bahawa mengurut tidak sama dengan memotong rambut. Di Kelantan, memang boleh diasingkan lelaki potong rambut lelaki dan sebaliknya mengikut jantina. Tapi kalau bab urut, ia melibatkan aurat lelaki dengan lelaki!

Kalau benar Chang Khim mahu membendung maksiat dari terus berlaku di Selangor, dia sepatutnya arahkan semua PBT supaya sita dan tutup semua pusat-pusat urut haram berkenaan secepat mungkin. Mana yang ada lesen, usah perbaharui lesen tersebut.

Kalau betul nak bendung maksiat, Chang Khim boleh anjurkan bengkel atau kelas mengurut bagi untuk suami isteri. Ajar suami urut isteri dan begitu juga sebaliknya. Teknik mengajar pun perlu ada batasnya supaya kekal bermoral dan berfaedah untuk pasangan yang hadir.

Bagi yang belum berumahtangga, rasanya tak payahlah mereka mengurut. Kalau terseliuh kaki, mereka boleh jumpa tukang urut tradisional. Kalau patah, boleh jumpa tukang urut patah. Dan kalau sakit-sakit badan, boleh saja ke hospital untuk dapatkan rawatan.

Tak payah mengada-ngada nak buat dosa, kan?

Monday, 17 June 2013

PETRONAS, 'Duri Dalam Daging'

Syarikat Petroleum Nasional (PETRONAS) telah menukar logo korporatnya buat kali ketiga sepanjang kewujudan entiti berkenaan. Secara tidak langsung turut memberi isyarat bahawa PETRONAS sekarang ini mulai menuju atau melangkau ke suatu halatuju baru untuk meningkatkan lagi keuntungan dan keberkesanan operasinya sama ada di dalam negeri mahupun di luar negara.


Sudah acapkali beberapa tindakan pelik PETRONAS yang seharusnya menjadi mekanisme atau modal terpenting kerajaan untuk membantu Melayu-Bumiputera meningkatkan ekuiti dan menjadi pemain utama ekonomi negara, dikritik dan tidak dipersetujui. Alasan yang kerap diberikan oleh pihak tertentu dalam PETRONAS berhubung keengganan mereka membuka ruang yang lebih besar kepada syarikat Melayu-Bumiputera ialah syarikat-syarikat berkenaan tidak berorientasikan pengalaman.

Justeru PETRONAS lebih berminat dengan syarikat-syarikat milik bukan Melayu dan antarabangsa untuk melancarkan operasinya walaupun sebahagian besar syarikat yang mendapat tender dan kontrak PETRONAS juga sebenarnya syarikat yang asalnya tidak berpengalaman.

Memang benar PETRONAS merupakan antara penyumbang pendapatan terbesar negara menerusi cukai korporat dan sebagainya tetapi pada masayang sama juga, PETRONAS juga harus memainkan peranan untuk membantu Melayu-Bumiputera secara keseluruhannya menerusi kaedah lain termasuklah latihan industri tanpa memperlihatkan dasar liberal yang diamalkannya selama ini.

Menukar logo korporat semata-mata tidak akan memberi sebarang makna kepada rakyat Malaysia khususnya Melayu-Bumiputera yang telah menyokong kerajaan sedia ada sekaligus menutup peluang PETRONAS daripada kehilangan monopoli terhadap pasaran petroleum dan gas dalam negara. Pilihanraya umum sebenarnya adalah penentu kepada hidup dan mati PETRONAS walaupun sebahagian besar warga PETRONAS terutama yang menjadi penyokong Pakatan Rakyat menganggap ianya tidak mungkin akan berlaku.

Perhatikan sahajalah manifesto dan penyelesaian mudah Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim khususnya. Sebarang kos akan dipindahkan kepada PETRONAS dan PETRONAS menjadi tabung gajah yang akan dipecahkan untuk mengeluarkan segala wang yang ada dalam akaun syarikat bagi membiayai semua dasar kerajaan sekiranya Pakatan Rakyat diberikan kemenangan pada PRU lalu.

Dan semua orang tahu sekiranya itu yang berlaku, PETRONAS akhirnya akan dijual kepada syarikat asing sebagaimana rancangan Anwar Ibrahim pada tahun 1997 dengan bantuan George Soros serta manipulator pasaran andil. Pengeluaran pelbagai jenis sukuk tidak akan membantu PETRONAS lagi terutama apabila struktur PETRONAS berjaya dihancurkan dari dalam. PETRONAS akhirnya akan menjadi satu lagi syarikat petroleum yang gagal meneruskan persaingan semata-mata kerana KEDEKUTnya mereka untuk membantu golongan yang telah menyokong mereka selama ini, MELAYU-BUMIPUTERA.

Justeru mahu tidak mahu pengurusan tertinggi PETRONAS yang sangat sombong dan angkuh serta dengan idealistiknya pemikiran mereka, harus sedar bahawa tanpa MELAYU-BUMIPUTERA, hari ini PETRONAS tidak boleh berlagak seolah-olah merekalah poket kerajaan yang tidak boleh disentuh. Pengurusan dan pentadbiran PETRONAS yang beranggapan mereka terlalu kebal kerana kerajaan sangat bergantung sumber kewangan daripada mereka, seharusnya tahu, kejatuhan Barisan Nasional pada PRU lalu, akan membuatkan ramai kakitangan dan pegawai-pegawainya menganggur.

Bukan rahsia lagi bagaimana semua peringkat pengurusan dan pentadbiran PETRONAS telah diresapi oleh pemikiran serta sokongan kepada Anwar Ibrahim. Mereka ini menjadi duri dalam daging. Bahkan ada pula musuh tersembunyi yang dimasukkan ke dalam PETRONAS, menduduki jawatan utama dan kemudian bertindak secara biadap meminggirkan kepentingan Melayu-Bumiputera sebagaimana yang dilakukan dlaam beberapa kes yang telah didedahkan oleh media sosial termasuklah oleh portal pro pembangkang.

Zaman di mana segala-galanya boleh dibohong dengan pelbagai alasan sebenarnya sudah lama berlalu. Zaman sekarang adalah zaman bermaklumat. Ini adalah zaman di mana sebarang tindak tanduk yang mencurigakan serta menyumbang kepada penyelewengan, tak kiralah sama ada penyelewengan membabitkan kewangan mahupun kepercayaan, pasti akan mengundang perhatian yang amat besar apatah
lagi dalam entiti seperti PETRONAS terdapat pula manusia seperti Omar Ong yang dikaitkan dengan AES yang juga merupakan satu lagi projek membunuh kerajaan sedia ada.

Tiada gunanya PETRONAS menukar logo dengan seribu macam tafsiran tetapi pada masa yang sama terus-terusan menjadi pemandangan yang menyakitkan hati. Jangan pula pihak pengurusan PETRONAS fikir dengan penukaran logo, mereka akan
dapat menyembunyikan barah yang sedang berakar dalam entiti tersebut secara mudah.