Suatu hari, dalam majlis seorang ulama, seorang pemuda telah bangun bertanya, "Maulana, saya nak tanya. Kita semua, umat Islam seluruh dunia membaca al Quran yang sama. Tapi, kenapa fahaman kita lain-lain?"
Jawab ulama itu, "Kamu dah kahwin atau belum?"
"Belum."
"Oh, kalau belum, susah sikit la saya nak terangkan. Tapi takpa. Saya akan gunakan tamsilan yang paling mudah."
Penerangannya seperti ini;
Katakan kita adalah seorang suami. Apabila kita balik rumah, kita pun bagitau kat isteri kita, "Sayang, nak air."
Maka, isteri kita bawakan kepada kita air minuman.
Keesokan hari, kita nak basuh kereta. Kita pun kata kat isteri kita, "Sayang, nak air."
Isteri kita pun bawa air berserta sabun.
Hari yang lainnya, kita nak masuk jamban tapi air tiada dalam jamban. Jadi terpaksa bawa air dari luar. Kita pun bagitau kat isteri kita, "Sayang, nak air."
Isteri kita pun bawakan kepada kita air paip yang suci di dalam baldi.
Soalannya, kita menggunakan ayat yang sama tapi kenapa isteri kita bawa air yang tidak sama? Ada air minum, ada air sabun, ada air mutlak. Kenapa?
Sebab, fahaman isteri kita ikut keadaan dan suasana.
Maka, begitulah dengan fahaman terhadap al Quran, mengikut suasana orang tersebut.
Orang politik, akan faham al Quran mengikut fahaman politiknya.
Orang bisnes akan faham al Quran dan sesuaikan dengan bisnes dia.
Orang ISIS akan faham al Quran ikut takrif jihad dia.
Orang sains akan faham al Quran dan kaitkan dengan sains dia.
Orang matematik akan sibuk mengira huruf al Quran.
Orang teori konspirasi akan sesuaikan al Quran ikut teorinya.
Dan macam-macam lagi.
"Jadi, fahaman manakah yang betul?" soal pemuda tadi.
"Nak faham al Quran dengan cara yang betul, kita kena duduk dalam suasana sebagaimana al Quran itu diturunkan iaitu suasana zaman Nabi dan para Sahabat."
Jadi, bagaimana kita nak hidupkan suasana pada zaman Nabi dan Sahabat?
Kena buat dakwah la. Buat usaha Nabi. Buat kerja kenabian. Apa yang Nabi buat, kita buat. Apa yang Sahabat buat, kita buat. Barulah suasana tu hidup. Barulah kefahaman yang sebenar akan datang.
Kefahaman untuk memahami merupakah punca kepada perbezaan cara dan pendapat.
No comments:
Post a Comment