Tuesday, 16 February 2016

Adakah Ini Satu Konspirasi Terancang.

Mari kita berfikir sejenak..
Kita letak tepi keghairahan kerajaan membawa masuk 1.5 juta warga Bangladesh.
Kita hentikan menuduh orang Melayu pemalas dan memilih kerja.
Kita jangan bercakap tentang masalah sosial dan seangkatan dengannya.
Adakah kemasukan dan lambakan pekerja asing ini adalah satu jenayah terancang dari pihak tertentu untuk mematikan masa depan orang Melayu?.
Mengapa?
Perniagaan ini dimiliki oleh siapa?
Siapakah yang memerlukan tenaga kerja pendatang asing dengan izin (PADI) dari luar?
Siapakah yang menggajikan tenaga kerja pendatang asing tanpa izin (PATI) dari luar?.
Masalah dan kemelut pendatang asing ini bukan isu baru malah telah berlanjutan sekian lama. Tanpa ada jalan penyelesaian malah ditambahkan lagi kemasukkan mereka dengan alasan pembangunan dan ekonomi negara.
Melihat kepada persekitaran kita sekarang mereka ini bukan sahaja dibawa masuk untuk menampung disektor yang diketahui sukar untuk diisikan oleh rakyat tempatan malah mereka dibawa masuk untuk mengisi kekosongan di semua sektor yang ada.
Mereka berada dimana mana sahaja.
Sekiranya kemasukkan ini berterusan tidak dibendung akan tiba satu ketika rakyat negara ini tidak mempunyai peluang pekerjaan kerana semua sudah dimonopoli oleh mereka. Umum mengetahui kebanyakan peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada mereka merupakan pekerjaan yang biasanya diisi oleh pekerja Melayu dan sebilangan kecil masyarakat India. Golongan Cina tidak mempunyai masalah kerana mereka mempunyai peluang yang lebih luas berbanding orang Melayu di semua sektor.
Bila peluang pekerjaan sudah tiada dan masalah pengangguran meningkat maka akan berlaku masalah gejala sosial dan sebagainya. Orang orang Melayu akan marah dan menyalahkan kerajaan kerana gagal memberikan mereka pekerjaan. Mereka akan memberontak dan menentang kerajaan. Secara tidak langsung kerajaan yang dikuasai oleh orang Melayu tumbang dan berakhirnya kekuasaan Melayu di negara ini.
Mungkin ini yang mereka inginkan.
Umum mengetahui orang orang Melayu sudah tidak mampu untuk memilki rumah di bandar atas alasan harga yang ditawarkan terlalu mahal. Ini mengakibatkan orang orang Melayu keluar dari bandar dan secara tidak langsung golongan ini telah menguasai kawasan bandar.
Perlu diingat di luar bandar juga mereka telah membuat perancangan rapi dengan membina kawasan perumahan yang kecil dikawasan penempatan Melayu untuk dijual kepada golongan mereka. Penduduk setempat tidak mampu untuk membeli rumah tersebut kerana harga yang ditawarkan tinggi. Secara tidak langsung mereka telah menduduki dikawasan yang dikuasai oleh orang Melayu dan kehadiran mereka akan bertambah. Pengakhirannya kawasan itu bukan lagi menjadi kawasan majoriti orang Melayu. Maka hajat mereka tercapai untuk menguasai negara dan negeri negeri.
Sedarlah orang Melayu bercakaran sesama bangsa tidak menjadikan kita hebat malah semakin lemah..

Friday, 19 September 2014

Nombor Plat Yang Dilarang.


Apakah Tujuan Yang Sebenarnya?.

Berapa ramai pemandu kenderaan yang telah maut disebabkan menggunakan plat nombor yang tidak mengikut speksifikasi?
Berapa ramai pemandu kenderaan yang telah dikenakan saman akibat memandu melebihi had  laju yang telah ditetapkan menerusi kamera yang ditempatkan oleh PDRM semasa operasi?
Berapa ratus ribu saman ekor yang telah dikeluarkan oleh pihak PDRM melalui kamera yang telah dipasang?

Dimana rasionalnya pihak JPJ cuba untuk mengetatkan atau menguatkuasakan undang undang yang sedia ada ini sedangkan tidak ada sebarang kesulitan yang timbul?.
Langkah yang diambil ini bukan sahaja membebankan pengguna malah memberikan keuntungan kepada para peniaga.
Adalah lebih baik sekiranya pihak JPJ dan Kementerian Pengangkutan dapat memikirkan isu lain yang lebih besar seperti mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dinegara ini.

Mengapa pengguna yang dijadikan mangsa sedangkan kebanyakkan mereka membeli kenderaan menerusi agen agen jualan yang bertauliah?
Pihak JPJ seharusnya memulakan tindakan penguatkuasaan di kalangan kakitangan mereka terlebih dahulu sebelum diperluaskan kepada orang awam.

Kerajaan seperti sudah ketandusan idea dengan memberikan tumpuan kepada masalah yang lemah dan remeh. Mengapa tidak memberikan keutamaan kepada isu yang lebih besar.?

Oh My Government...

Melayu Mengapa?.


Mengapa Melayu diperlekehkan?
Mengapa Melayu tidak dihormati?

Berkemungkinan mereka mereka ini yang menjadi punca atas segala yang berlaku.

Malaysia Boleh.
Di Malaysia semua boleh janji ada pulus semua lulus.
Ayat biasa yang bukan saja boleh didengar dari mulut rakyat tempatan malah sudah berjangkit kepada warga asing.

Bila maruah dan harga diri boleh dibeli dengan wang ringgit tidak mustahil satu hari nanti negara bakal tergadai.

Cegah sebelum parah.