Monday, 22 February 2016

Hak Bersuara.


Pendekatan atau langkah yang cuba diperkenalkan oleh kerajaan bukan bertujuan untuk dibangkang tetapi rakyat ingin melihat alasan yang kukuh dan rasional terhadap pendekatan yang ingin diambil.
Rakyat berhak untuk memberikan pendapat dan pandangan mereka tanpa ada rasa prejudis dari pemimpin atau penyokong.
Perlu diingat rakyat adalah TUAN, kerajaan bekerja untuk mereka. Kerajaan perlu membuat keputusan yang bijak, betul dan berkesan untuk negara bukan hanya untuk melindungi kepentingan ekonomi sahaja.
Bila rakyat bersuara pemimpin dan penyokong seharusnya mendengar bukan memperlekehkan dengan melabel mereka.
Ini lah rakyat yang pemalas, membangkang dan memilih yang kita mahukan mereka menyokong dan mengundi parti kita tetapi kita pula yang menolak untuk mendengar keluhan dan rintihan mereka.
Adakah ini sebuah kerajaan yang mendengar denyutan nadi rakyatnya.
Mungkin tidak!!!!.

Usah 'Syok Sendiri'


Menteri Belia dan Sukan bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan belia dan sukan di Malaysia. Keberkesanan dan kemajuan masa depan belia sekarang bergantung kepada pedekatan yang cuba diketengahkan oleh kementerian dalam menyediakan program untuk memajukan diri mereka. Program yang diperkenalkan perlu untuk mempersiapkan belia agar mampu bersaing dan mengambilalih tugas sebagai seorang pemimpin demi masa depan negara.
Adalah lebih baik jika beliau memfokuskan kepada menyediakan program mengenai hala tuju dan masa depan belia di negara ini.
Biarlah persatuan dan presiden mereka yang menentukan hala tuju sesebuah badan sukan tersebut. Para menteri dan kerajaan hanya perlu memerhati dan menasihati serta menyediakan kemudahan dan insentif bergantung kepada kecemerlangan mereka.
Kejayaan dan kecemerlangan belia bergantung kepada keberkesanan program yang telah disediakan oleh kerajaan.
Menteri pun jangan syok sendiri

Siapakah pemimpin itu?.


Hanya seorang bekas Perdana Menteri Malaysia yang tidak mengecam, mempertikaikan dan mempersoalkan segala pendekatan dan pentadbiran pengganti beliau,
Hanya seorang bekas Presiden UMNO yang tidak mendapat tentangan dari pemimpin2 dan ahli2nya.
Oleh itu tidak payah menggelabah atau kehairanan dengan apa yang sedang berlaku sekarang.
Sudah menjadi budaya di dalam UMNO sebenarnya.

Sunday, 21 February 2016

KENAPA KITA BERBEZA FAHAMAN?


Suatu hari, dalam majlis seorang ulama, seorang pemuda telah bangun bertanya, "Maulana, saya nak tanya. Kita semua, umat Islam seluruh dunia membaca al Quran yang sama. Tapi, kenapa fahaman kita lain-lain?"
Jawab ulama itu, "Kamu dah kahwin atau belum?"
"Belum."
"Oh, kalau belum, susah sikit la saya nak terangkan. Tapi takpa. Saya akan gunakan tamsilan yang paling mudah."
Penerangannya seperti ini;
Katakan kita adalah seorang suami. Apabila kita balik rumah, kita pun bagitau kat isteri kita, "Sayang, nak air."
Maka, isteri kita bawakan kepada kita air minuman.
Keesokan hari, kita nak basuh kereta. Kita pun kata kat isteri kita, "Sayang, nak air."
Isteri kita pun bawa air berserta sabun.
Hari yang lainnya, kita nak masuk jamban tapi air tiada dalam jamban. Jadi terpaksa bawa air dari luar. Kita pun bagitau kat isteri kita, "Sayang, nak air."
Isteri kita pun bawakan kepada kita air paip yang suci di dalam baldi.
Soalannya, kita menggunakan ayat yang sama tapi kenapa isteri kita bawa air yang tidak sama? Ada air minum, ada air sabun, ada air mutlak. Kenapa?
Sebab, fahaman isteri kita ikut keadaan dan suasana.
Maka, begitulah dengan fahaman terhadap al Quran, mengikut suasana orang tersebut.
Orang politik, akan faham al Quran mengikut fahaman politiknya.
Orang bisnes akan faham al Quran dan sesuaikan dengan bisnes dia.
Orang ISIS akan faham al Quran ikut takrif jihad dia.
Orang sains akan faham al Quran dan kaitkan dengan sains dia.
Orang matematik akan sibuk mengira huruf al Quran.
Orang teori konspirasi akan sesuaikan al Quran ikut teorinya.
Dan macam-macam lagi.
"Jadi, fahaman manakah yang betul?" soal pemuda tadi.
"Nak faham al Quran dengan cara yang betul, kita kena duduk dalam suasana sebagaimana al Quran itu diturunkan iaitu suasana zaman Nabi dan para Sahabat."
Jadi, bagaimana kita nak hidupkan suasana pada zaman Nabi dan Sahabat?
Kena buat dakwah la. Buat usaha Nabi. Buat kerja kenabian. Apa yang Nabi buat, kita buat. Apa yang Sahabat buat, kita buat. Barulah suasana tu hidup. Barulah kefahaman yang sebenar akan datang.
Kefahaman untuk memahami merupakah punca kepada perbezaan cara dan pendapat.

Saturday, 20 February 2016

Adakah Ini solat berjemaah atau solat berseorangan secara berjemaah..

Walaupun kita telah didedahkan dengan peluang untuk memahami dan mendalami ajaran Islam, masih ada yang alpa dan tidak memahami apa yang perlu diikuti dalam menunaikan solat. Solat merupakan tiang agama. Cacat solatnya maka rosak la tiangnya. Situasi ini sering berlaku di mana mana masjid atau surau di negara ini. Walaupun sudah menjadi kelaziman, Imam akan meningatkan makmum agar meluruskan dan merapatkan saf. Tapi masih ramai yang tidak memahaminya.

Orang kita
Di manakah silapnya.

Konflik Orang Malayu.



Setiap hari kita di sajikan dengan berbagai cerita mengenai perbalahan pendapat orang orang melayu dari setiap sudut. Mengapakah ini terjadi?. Adakah orang melayu sudah terlebih maju atau pun semakin mundur? Kita orang melayu sering mendabik dada " aku telah berjaya", "aku tak perlu bantuan kerajaan", "kerajaaan korupsi , kroni, tidak telus " dan berbagai lagi ungkapan yang boleh di dengar. Ini berlaku dimana mana dari kedai kopi jalanan sehingga  ke kedai kopi di hotel besar.
Melayu memang telah berjaya dan maju. tetapi adakah cara orang melayu berfikir, berjalan seiring dengan kemajuan yang dibawa? Mungkin tidak.... Pada dasarnya orang melayu semakin mundur dari segi pemikiran mereka. Orang melayu seperti membutakan mata dan hati mereka tanpa melihat keadaan sekeliling dan dunia.Lihatlah sekarang apa yang telah terjadi ?.
Di mana suara orang melayu yang lantang memperjuangkan nasib orang melayu. UMNO, PAS, PKR, dan terbaru PaN. Ini merupakan parti yang diterajui oleh pemimpin melayu yang membawa pegangan, agenda dan hala tuju mereka tersendiri. Orang Melayu sedang berhadapan dengan krisis kepimpinan dikalangan mereka. Keadaan ini membimbangkan. Bila orang Melayu sendiri sudah mula mempertikaikan kewibawan pemimpin mereka.
Kemanakah hala tuju mereka selepas ini?
Masihkah ada ruang dan peluang untuk mereka terus berkuasa?
Mereka ini yang harus dipertanggungjawabkan untuk menentukan masa depan orang melayu agar tidak berterusan bertelagah demi perpaduan BANGSA, AGAMA DAN NEGARA.. Sokongan dari setiap lapisan rakyat diperlukan untuk memastikan tiada satu hak mereka akan hilang malah mereka bakal menjadi satu bangsa yang begitu dihormati di dunia.

Wednesday, 17 February 2016

Siapakah mereka ini?.


India Muslim adalah mereka yang berketurunan India dan beragama Islam. Tamil, Kerala, Punjabi, Sindhi, Mahratta, Hydrabad dsb tergolong dalam India Muslim. Di Malaysia, majoriti India Muslim bertutur dalam bahasa Tamil.

Di Malaysia, India Muslim juga dikenali sebagai Mamak, DKK (Darah Keturunan Keling), Keling dan Jawi Peranakan.

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari, Zainuddin Mydin, Siti Nurhaliza binti ‘Thaarudeen’, Hakim Haidar Mohd Noor, Ahmad Nawab, Akbar Nawab, P Ramlee, Man Bhai, Tan Sri Elyas Omar, Tan Sri Abul Hassan, semua mereka adalah dari keturunan India Muslim. Tan Sri CM Yusuf, speaker pertama parliament Malaysia adalah mamak. Begitu juga pengerusi tetap UMNO Tan Sri Sulaiman ‘Ninam’ Shah. ‘Ninam’ adalah singkatan untuk ‘Naina Mohamed’.

Bekas Ketua Menteri Sabah Dato Haris Salleh dan Musa Aman, Ketua Menteri Sabah hari ini adalah mamak. Mereka bukan dari keturunan Pushtun, Pakistan atau Yemen.

Bapa Tun Dr Mahathir Mohamad adalah India Muslim, dan Tun Abdullah Badawi juga dari keturunan mamak disebelah bapa. Begitu juga dengan isteri Perdan menteri pertama Malaysia, Toh Puan Sharifah Radziah Syed Alwi ‘Barakbah’. Malah Tunku sendiri berdarah campuran Siam dan mamak. Bapa Anwar Ibrahim juga seorang mamak. Kassim Ahmad dan Farish Noor, dua intelek Melayu ini juga berbapakan mamak. Tan Sri Muhammad Noordin Sopiee adalah mamak. Munir Majid adalah mamak yang fasih berbahasa Tamil. Tengku Adnan Tengku Mansor juga mamak.

Perlu dijelaskan di sini tentang gelaran ‘Syed’ dan ‘Sheikh’ di pangkal nama. Di kalangan India Muslim, gelaran Syed atau Sheikh adalah perkara biasa, samalah juga dengan ‘Shah’ dan ‘Khan’. Nama-nama ‘Melayu’ seperti ‘Chik’, ‘Tamby Chik’ dan ‘Keling’ sememangnya nama mamak.

Ramai penduduk kampung percaya bahawa mereka yang bergelar Syed dan Sheikh berasal dari negeri Arab, dan Syed pula dikaitkan dengan ‘keturunan nabi’. Kepada penduduk kampung, gelaran-gelaran tersebut membawa erti tersendiri.

Dalam kelompok elit Melayu, ramai yang beranggapan bahawa Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari berasal dari Yemen, tapi sebenarnya keluarga beliau berasal dari India. Begitu juga dengan Tan Sri Elyas Omar, bekas datuk Bandar Kuala Lumpur – beliau juga adalah dari keturunan mamak.

Gelaran ‘Shah’, walaupun jarang digunakan dalam nama-nama Melayu, tapi amat sinonim dengan raja. Sultan Azlan Shah dan Raja Nazrin Shah umpamanya. Shah bukan berasal dari negeri Arab. Ia berasal dari Parsi (Iran) dan dibawa ke negara ini menerusi pengaruh India Muslim.

Satu lagi nama mamak yang biasa kita dengar ialah ‘Maricar’. Sebenarnya nama itu ialah ‘Marikiyaar’. Lama kelamaan ia bertukar kepada ‘Merican’. Maka itu, mereka yang membawa gelaran ‘Merican’ adalah juga dari keturunan mamak. Walaupun kumpulan ini menggelar diri mereka Jawi Peranakan, tapi pada hakikatnya mereka juga adalah mamak.

Dikalangan orang Melayu, mereka lebih bersedia menerima mamak kalau berasal dari Pakistan. Mungkin kerana Pakistan itu hampir dengan Bollywood, maka ramailah yang mengaku bahawa mereka berasal dari Pakistan. Bekas Ketua Menteri Sabah, Harris Salleh dan Ketua Menteri Sabah sekarang dikatakan dari keturunan Pakistan tapi sebenarnya mereka dari keturunan mamak, yang lazimnya bertutur dalam bahasa Tamil.

Mamak terdiri dari pelbagai warna kulit dan raut wajah, dari yang gelap hingga yang berkulit cerah, bermata hijau atau coklat. Kalau berkunjung ke Masjid Kapitan Keling di Pitt Street Pulau Pinang atau Masjid India di Kuala Lumpur pada hari Jumaat nescaya akan dapat menyaksikan kepelbagaian mereka..

India Muslim di Malaysia hari ini boleh dibahagikan kepada:

Mamak yang telah berkahwin dengan orang Melayu dan diiktiraf sebagai Melayu. Susur galur keluarga kelompok ini hanya boleh diketahui dari nama/gelaran seperti Merican, Shah, Syed, Sheikh dsb, atau dengan melihat raut wajah mereka – bentuk hidung dan mata yang bulat.
Mereka yang tidak berkahwin dengan orang Melayu tapi mengamalkan budaya Melayu. Mereka hanya boleh bertutur dalam Bahasa Melayu, dan telah putus hubungan dengan negara asal – India. Ini termsuklah ribuan mamak di Pulau Pinang, Kedah, Melaka dan di tempat-tempat lain. Cuma DNA sahaja yang menunjukkan asal usul mereka, selebihnya mereka adalah Melayu.
Mereka yang masih lagi dikategorikan sebagai Tamil yang hanya boleh bertutur Bahasa Melayu (pasar). Walaupun sudah putus hubungan dengan negara asal, tapi mereka masih menonton filem Tamil, tidak membaca akhbar Bahasa Melayu dan kurang arif tentang adat resam Melayu. Walaupun dilahirkan di Malaysia, mereka tak dapat membezakan antara ‘kuih talam’ dan ‘otak-otak’. Ramai anggota KIMMA termasuk dalam kategori ini.
Mereka yang tergolong sebagai Tamil dan tak dapat bertutur dalam Bahasa Melayu walau Bahasa Pasar sekalipun. Mereka masih mempunyai talian kekeluargaan yang rapat dengan negara asal. Mereka menonton filem Tamil dan lebih mengetahui perkembangan politik di Tamil Nadu dari politik Malaysia. Mereka membaca Tamil Nesan dan Tamil Nanban setiap hari untuk mengetahui perkembanagn di Tamil Nadu dan India. Ramai ahli KIMMA tergolong dalam kumpulan ini.
Sebelum tahun 1970, kelompok 3 dan 4 di atas kebiasaanya bersikap prejudis terhadap orang Melayu. Ramai antara mereka bukan warga negara dan menggelar orang Melayu dengan slanga ‘yalayan-katti’. Terma ini dicipta oleh pekerja estet, dan diguna-pakai oleh kebanyakan orang Tamil termasuk India Muslim.

‘Yayalan’ bermaksud dawai, dan ‘Katti’ membawa maksud ‘ikat’. Jadinya ‘yalatan katti’ membawa pengertian ‘seorang yang mengikat dawai’. Apa maksudnya?

Bila getah mula ditoreh di Malaya, pihak British mendapati penoreh getah orang Melayu gagal menoreh dengan baik malah lebih banyak mendatangkan kecederaan kepada pohon getah yang menyebabkan hasilnya berkurangan. Berbeza dengan hasil-kerja pekerja Tamil yang dibawa dari India. Sejak itu, orang Melayu hanya diberi tugas membuat kerja yang lebih mudah – mengikat dawai penyangkut cawan ke pohon getah. Dan dari situlah nama ‘valayan-katti’ bermula.

Nama lain yang mereka gunakan untuk orang Melayu ialah ‘naattu kaaran’ atau ‘naattan’ yang membawa erti ‘peribumi’.

Sebelum 1970, kelompok 3 dan 4 di atas memandang sepi (pandang sebelah mata) terhadap orang Melayu. Selepas 1970, dan dengan pelancaran DEB, mamak-mamak ini mula buka mata. Mereka bergantung harap kepada orang Melayu untuk serba serbinya, khususnya untuk mendapatkan ‘permit kemasukan’ atau mendapatkan status pemastautin tetap. Sebelum pelancaran DEB, tidak ramai golongan ini yang berkahwin dengan penduduk tempatan. Mereka akan kembali ke India untuk mencari jodoh.

Trend untuk berkahwin di India lenyap setelah kerajaan memperkenalkan dasar DEB. Susulan dari keengganan orang Melayu (kerajaan) memberi ‘permit kemasukkan’ kepada pasangan isteri atau suami yang dikahwini di India, kadar perkahwinan antara mamak dan Melayu meningkat dengan mendadak.

Hari ini, penyerapan mamak dalam keluarga Melayu menerusi perkahwinan kian bertambah, malah bukan asing lagi untuk keluarga mamak bermenantukan orang Melayu.

Pasca 1970, golongan mamak ini menyedari bahawa kuasa politik dan ekonomi telah beralih kepada orang Melayu. Namun, mereka tidak menghadapi masalah dengan peralihan kuasa kerana ramai dari golongan ini yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan. Speaker pertama Parliamen sebagai contoh – CM Yusuf – adalah mamak. Walaupun pada mulanya kelompok 3 dan 4 yang tersebut di atas sukar untuk menjadikan diri mereka sebagai orang Malaysia, tapi pada hari ini mereka berlumba-lumba untuk diiktiraf sebagai bumiputra, untuk mendapatkan ‘bin’ dalam sijil kelahiran dan kad pengenalan.

Hari ini, beribu-ribu ahli UMNO keturunan mamak yang taksub memperjuangkan hak orang Melayu. Dalam PAS juga ada mamak yang memperjuangkan Islam (hak Melayu). Hanipa Mydin adalah mamak tulen. Munkin juga Husam Musa ada pertalian darah dengan mamak.
Dalam parti Keadilan, Abdul Rahman Othman juga mamak tulen.
Begitu juga di dalam perkhidmatan awam dan dunia koporat Melayu, terdapat beribu-beribu orang mamak yang terlibat melaksanakan DEB.

Dimanakah dan siapakah melayu tulen sebenarnya?.

Tuesday, 16 February 2016

Adakah Ini Satu Konspirasi Terancang.

Mari kita berfikir sejenak..
Kita letak tepi keghairahan kerajaan membawa masuk 1.5 juta warga Bangladesh.
Kita hentikan menuduh orang Melayu pemalas dan memilih kerja.
Kita jangan bercakap tentang masalah sosial dan seangkatan dengannya.
Adakah kemasukan dan lambakan pekerja asing ini adalah satu jenayah terancang dari pihak tertentu untuk mematikan masa depan orang Melayu?.
Mengapa?
Perniagaan ini dimiliki oleh siapa?
Siapakah yang memerlukan tenaga kerja pendatang asing dengan izin (PADI) dari luar?
Siapakah yang menggajikan tenaga kerja pendatang asing tanpa izin (PATI) dari luar?.
Masalah dan kemelut pendatang asing ini bukan isu baru malah telah berlanjutan sekian lama. Tanpa ada jalan penyelesaian malah ditambahkan lagi kemasukkan mereka dengan alasan pembangunan dan ekonomi negara.
Melihat kepada persekitaran kita sekarang mereka ini bukan sahaja dibawa masuk untuk menampung disektor yang diketahui sukar untuk diisikan oleh rakyat tempatan malah mereka dibawa masuk untuk mengisi kekosongan di semua sektor yang ada.
Mereka berada dimana mana sahaja.
Sekiranya kemasukkan ini berterusan tidak dibendung akan tiba satu ketika rakyat negara ini tidak mempunyai peluang pekerjaan kerana semua sudah dimonopoli oleh mereka. Umum mengetahui kebanyakan peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada mereka merupakan pekerjaan yang biasanya diisi oleh pekerja Melayu dan sebilangan kecil masyarakat India. Golongan Cina tidak mempunyai masalah kerana mereka mempunyai peluang yang lebih luas berbanding orang Melayu di semua sektor.
Bila peluang pekerjaan sudah tiada dan masalah pengangguran meningkat maka akan berlaku masalah gejala sosial dan sebagainya. Orang orang Melayu akan marah dan menyalahkan kerajaan kerana gagal memberikan mereka pekerjaan. Mereka akan memberontak dan menentang kerajaan. Secara tidak langsung kerajaan yang dikuasai oleh orang Melayu tumbang dan berakhirnya kekuasaan Melayu di negara ini.
Mungkin ini yang mereka inginkan.
Umum mengetahui orang orang Melayu sudah tidak mampu untuk memilki rumah di bandar atas alasan harga yang ditawarkan terlalu mahal. Ini mengakibatkan orang orang Melayu keluar dari bandar dan secara tidak langsung golongan ini telah menguasai kawasan bandar.
Perlu diingat di luar bandar juga mereka telah membuat perancangan rapi dengan membina kawasan perumahan yang kecil dikawasan penempatan Melayu untuk dijual kepada golongan mereka. Penduduk setempat tidak mampu untuk membeli rumah tersebut kerana harga yang ditawarkan tinggi. Secara tidak langsung mereka telah menduduki dikawasan yang dikuasai oleh orang Melayu dan kehadiran mereka akan bertambah. Pengakhirannya kawasan itu bukan lagi menjadi kawasan majoriti orang Melayu. Maka hajat mereka tercapai untuk menguasai negara dan negeri negeri.
Sedarlah orang Melayu bercakaran sesama bangsa tidak menjadikan kita hebat malah semakin lemah..