Kerajaan telah melancarkan operasi memburu pendatang tanpa izin baru baru ini. Bukan untuk memperkecilkan keseungguhan dan keupayaan Kementerian Dalam Negeri dalam menangani isu ini tetapi sekadar ingin melihat keberkesanan langkah yang telah diambil. Operasi sebegini sering dijalankan apabila berlaku pertukaran menteri di Kementerian Dalam Negeri. Tindakan yang sama akan diambil hanya nama sahaja yang berbeza. Pernah diberikan nama pemutihan , pengampunan dan sekarang bersepadu. Tindakan ini mungkin boleh dilihat sebagai platform seorang menteri untuk menunjukan kredibiliti beliau dalam menangani isu ini dan meredakan keresahan rakyat akibat keujudan ramai golongan ini di tempat mereka.
Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Imigeresen seharusnya membuat kajian yang lebih terperinci dan mendalam mengapa tindakan sebelum ini tidak berkesan dari terus melakukan operasi yang bakal menemui kegagalan kelak. Banyak faktor yang boleh dikenalpasti mengapa operasi sebegini sering gagal dan juga mengapa rakyat asing dengan sewenang wenangnya berani untuk terus bekerja dan berada didalam negara ini tanpa mempunyai permit yang sah.
Negara mengalami pengurangan hasil pendapatan dari mereka ini kerana tidak memperbaharui permit mereka, malah negara mengalami kerugian berbillion ringgit setahun bila wang dihantar keluar ke negara mereka.Umum mengetahui sebelum ini kita mengalami kesukaran untuk membendung kebanjiran warga Indonesia yang terus tinggal dan bekerja di negara ini tanpa mempunyai permit yang sah. Sekarang boleh dikatakan terdapat ramai yang tinggal dan bekerja dinegara ini tanpa permit yang sah datang dari serata dunia. Mengapa ini terjadi???. jumlah mereka ini semakin bertambah dari masa ke semasa.
Di antara punca utama yang menyumbang masalah ini adalah seperti berikut :-
a) pemintaan dan penawaran yang ada di pasaran.
b) keadaan birokrasi dalam memdapatkan kuota tenaga pekerja asing.
c) terdapat individu yang tidak bertanggung jawab yang menguruskan mereka
( Tekong Darat)
d) terdapat segelintir anggota pihak berkuasa melindungi mereka
e) tiada ketegasan dalam melaksanakan undang undang yang sedia ada.
f) membocorkan rahsia bila dan dimana operasi akan dilakukan.
Kerajaan perlu tegas dalam menangani isu ini dan membuat perstrukturan yang lebih efektif agar mereka ini tidak berani untuk berterusan tinggal di negara ini tanpa mempunyai permit yang sah. Penangkapan mereka ini sebenarnya mebebankan kerajaan kerana terpaksa menyediakan depoh tahanan, menyediakan makan dan minum dan juga berkemungkinan terpaksa menanggung kos penghantaran pulang mereka ini. Ini melibatlan perbelanjaan yang tinggi dan merugikan negara. Kos yang digunakan untuk mereka ini boleh disalurkan untuk menyediakan kemudahan untuk mmberikan manafaat kepada rakyat negara ini.
Di antara langkah yang perlu dianbil adalah seperti berikut :-
a) mengambil tindakan tegas kepada invididu atau syarikat yang mengambil mereka bekerja.
b) mengambil tindakan individu yang melindungi mereka.
c) mengambil tindakan kepada individu yang menyewakan tempat tinggal mereka.
d) menaikan taraf sistem pekomputeran di jabatan imigeresen.
e) mengambil tindakan kepada majikan yang gagal memperbaharui permit pekerja
f) mengurangkan rasuah dikalangan penguatkuasa .
g) mengurangkan kebergantungan menggunakan pekerja asing di dalam negara.
Operasi sebegini akan tetap gagal sekirannya langkah yang disebut diatas tidak diambil dan negara akan berterusan akan mengalami peningkatan mereka yang tinggal tanpa permit yang sah. Kegagalan kerajaan menangani isu ini akan menghilangkan keyakinan rakyat untuk terus memberikan sokongan kepada kerajaan yang sedia ada. Rakyat semakin bijak mereka ingin melihat hasil bukan hanya bercakap sahaja,.

No comments:
Post a Comment