Saturday, 7 September 2013

Askar Hindu DAP Ditubuhkan Untuk Pertahankan Kuil


Briged Pertahanan Hindu dibentuk untuk pertahankan kuil. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 5 September, 2013.

Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman hari ini mengumumkan pembentukan pasukan pertahanan bagi mempertahankan Kuil Segitiga Emas berkenaan daripada dirobohkan pihak berkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pihak polis.

Kumpulan berkenaan yang dikenali sebagai "Briged Pertahanan Hindu" kini jelas peguam kuil berkenaan, M. Manogaran mempunyai 200 keahlian, yang akan mempertahankan sebarang tindakan untuk meruntuhkan kuil.

"Saya nak beri amaran, polis dan DBKL, kalau datang sini dan serang kami, kami akan melawan, walaupun berlaku pertumpahan darah dan kematian," kata bekas ahli Parlimen Teluk Intan itu lagi ketika sidang media di kuil berkenaan di Kuala Lumpur.

Manogaran, yang juga pemimpin DAP itu menegaskan, pihaknya kini sedang menerima penyertaan daripada anggota jawatankuasa kuil dan beberapa individu luar yang ingin menyertai pasukan pertahanan tersebut.

"Jangan cari masalah dengan kami hanya kerana kami kumpulan minoriti," tegasnya memberi amaran.

Pihaknya juga turut mengumumkan rancangan jangka panjang pihak pengurusan kuil yang bercadang membangunkan kuil berkenaan sebagai kompleks keagamaan Hindu dengan menjadikannya Kuil Taman.

"Kami telah berbincang dan bersedia untuk mendirikan bangunan empat tingkat di tapak kuil ini selepas mendapat kebenaran pihak berkuasa," katanya.

Kuil berkenaan sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila pihak DBKL dan pasukan polis pada Ahad telah memecahkan sebahagian kuil didakwa berusia 101 tahun kerana sebahagian daripada tapak kuil itu menjadi milik syarikat persendirian.

Pihak pengurusan kuil bagaimanapun menafikan perkara itu sebaliknya menegaskan tapak seluas lapan kaki persegi itu adalah milik kerajaan Persekutuan, termasuk tapak kuil.

Struktur kuil yang dibina pada tahun 1911 itu kini terletak di atas tanah rezab untuk jalan raya.

Tahun lalu kuil ini menerima notis perpindahan dari Hap Seng Land yang sedang membina bangunan 30 tingkat di tanah bersebelahan.

Menurut syarat DBKL, kebenaran menduduki (CF) hanya akan diberikan jika mereka membina laluan 8 kaki sepanjang bangunan itu.

Namun ia tidak boleh dibuat dengan adanya kuil tersebut di situ.

Walaupun dengan campur tangan pihak berkuasa tempatan, jawatankuasa kuil dan pemaju gagal mencapai kata sepakat. – 5 September, 2013.

Thursday, 5 September 2013

KERAJAAN LANCAR OPERASI BERSEPADU BURU PENDATANG TANPA IZIN.

Kerajaan telah melancarkan operasi memburu pendatang tanpa izin  baru baru ini. Bukan untuk memperkecilkan keseungguhan dan keupayaan Kementerian Dalam Negeri dalam menangani isu ini tetapi sekadar ingin melihat keberkesanan langkah yang telah diambil. Operasi sebegini sering dijalankan apabila berlaku pertukaran menteri di Kementerian Dalam Negeri. Tindakan yang sama akan diambil hanya nama sahaja yang berbeza. Pernah diberikan nama pemutihan , pengampunan dan sekarang bersepadu. Tindakan ini mungkin boleh dilihat sebagai platform seorang menteri untuk menunjukan kredibiliti beliau dalam menangani isu ini dan meredakan keresahan rakyat akibat keujudan ramai golongan ini di tempat mereka.

Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Imigeresen seharusnya membuat kajian yang lebih terperinci dan mendalam mengapa tindakan sebelum ini tidak berkesan dari terus melakukan operasi yang bakal menemui kegagalan kelak. Banyak faktor yang boleh dikenalpasti mengapa operasi sebegini sering gagal dan juga mengapa rakyat asing dengan sewenang wenangnya berani untuk terus bekerja dan berada didalam negara ini tanpa mempunyai permit yang sah.

Negara mengalami pengurangan hasil pendapatan dari mereka ini kerana tidak memperbaharui permit mereka, malah negara mengalami kerugian berbillion ringgit setahun bila wang dihantar keluar ke negara mereka.Umum mengetahui sebelum ini kita mengalami kesukaran untuk membendung kebanjiran warga Indonesia yang terus tinggal dan bekerja di negara ini tanpa mempunyai permit yang sah. Sekarang boleh dikatakan terdapat ramai yang tinggal dan bekerja dinegara ini tanpa permit yang sah datang dari serata dunia. Mengapa ini terjadi???. jumlah mereka ini semakin bertambah dari masa ke semasa.

Di antara punca utama yang menyumbang masalah ini adalah seperti berikut :-
a) pemintaan dan penawaran yang ada di pasaran.
b) keadaan birokrasi dalam memdapatkan kuota tenaga pekerja asing.
c) terdapat individu yang tidak bertanggung jawab yang menguruskan mereka
    ( Tekong Darat)
d) terdapat segelintir anggota pihak berkuasa melindungi mereka
e) tiada ketegasan dalam melaksanakan undang undang yang sedia ada.
f)  membocorkan rahsia bila dan dimana operasi akan dilakukan.

Kerajaan perlu tegas dalam menangani isu ini dan membuat perstrukturan yang lebih efektif agar mereka ini tidak berani untuk berterusan tinggal di negara ini tanpa mempunyai permit yang sah. Penangkapan mereka ini sebenarnya mebebankan kerajaan kerana terpaksa menyediakan depoh tahanan, menyediakan makan dan minum dan juga berkemungkinan terpaksa menanggung kos penghantaran pulang mereka ini. Ini melibatlan perbelanjaan yang tinggi dan merugikan negara. Kos yang digunakan untuk mereka ini boleh disalurkan untuk menyediakan kemudahan untuk mmberikan manafaat kepada rakyat negara ini.

Di antara langkah yang perlu dianbil adalah seperti berikut :-
a) mengambil tindakan tegas kepada invididu atau syarikat yang mengambil mereka    bekerja.
b) mengambil tindakan individu yang melindungi mereka.
c) mengambil tindakan kepada individu yang menyewakan tempat tinggal mereka.
d) menaikan taraf sistem pekomputeran di jabatan imigeresen.
e) mengambil tindakan kepada majikan yang gagal memperbaharui permit pekerja
f) mengurangkan rasuah dikalangan penguatkuasa .
g) mengurangkan kebergantungan menggunakan pekerja asing di dalam negara.

Operasi sebegini akan tetap gagal sekirannya langkah yang disebut diatas tidak diambil dan negara akan berterusan akan mengalami peningkatan mereka yang tinggal tanpa permit yang sah. Kegagalan kerajaan menangani isu ini akan menghilangkan keyakinan rakyat untuk terus memberikan sokongan kepada kerajaan yang sedia ada. Rakyat semakin bijak mereka ingin melihat hasil bukan hanya bercakap sahaja,.