Apakah Tujuan Yang Sebenarnya?.
Berapa ramai pemandu kenderaan yang telah maut disebabkan menggunakan plat nombor yang tidak mengikut speksifikasi?
Berapa ramai pemandu kenderaan yang telah dikenakan saman akibat memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan menerusi kamera yang ditempatkan oleh PDRM semasa operasi?
Berapa ratus ribu saman ekor yang telah dikeluarkan oleh pihak PDRM melalui kamera yang telah dipasang?
Dimana rasionalnya pihak JPJ cuba untuk mengetatkan atau menguatkuasakan undang undang yang sedia ada ini sedangkan tidak ada sebarang kesulitan yang timbul?.
Langkah yang diambil ini bukan sahaja membebankan pengguna malah memberikan keuntungan kepada para peniaga.
Adalah lebih baik sekiranya pihak JPJ dan Kementerian Pengangkutan dapat memikirkan isu lain yang lebih besar seperti mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dinegara ini.
Mengapa pengguna yang dijadikan mangsa sedangkan kebanyakkan mereka membeli kenderaan menerusi agen agen jualan yang bertauliah?
Pihak JPJ seharusnya memulakan tindakan penguatkuasaan di kalangan kakitangan mereka terlebih dahulu sebelum diperluaskan kepada orang awam.
Kerajaan seperti sudah ketandusan idea dengan memberikan tumpuan kepada masalah yang lemah dan remeh. Mengapa tidak memberikan keutamaan kepada isu yang lebih besar.?
Oh My Government...